Friday, September 18, 2020

Akibat tidur di dalam kereta tanpa matikan enjin.

 *KERACUNAN GAS KARBON MONOKSIDA DALAM KERETA*




Setiap tahun ada saja kes kematian berlaku di dalam kereta. Selalunya mangsa terlalu penat memandu, atau mengantuk, lalu rehat dan tertidur di dalam kereta dengan enjin yang masih hidup. Cermin tidak diturunkan dan penghawa dingin dibuka. 


Kes-kes begini berlaku akibat *keracunan gas karbon monoksida* (formula kimianya adalah CO) yang masuk kedalam kereta ketika enjin kereta masih hidup.


Ada beberapa *punca bagaimana gas ini dapat memasuki ke dalam kereta*.


1. Terdapat *rongga-rongga pada badan kereta* sehingga menyebabkan gas ini masuk secara perlahan-lahan. 


2. *Masalah pada bahagian ekzos* yang menyebabkan lebih banyak gas ini dihasilkan.


Yang terbaharu kes di mana 4 sahabat dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas pergi ke Pulau Jerejak. Mereka singgah di stesen minyak untuk berehat sebelum ditemui tidak sedarkan diri.


Mereka disyaki mengalami keracunan gas karbon monoksida dari enjin kereta yang dihidupkan. 


*Gas karbon monoksida adalah gas yang tiada berbau, tiada warna dan sangat berbahaya jika dihidu*. 


Apabila gas karbon monoksida memasuki ke dalam darah melalui paru-paru, ia melekat pada haemoglobin dalam  sel darah merah. 

Ini *mengganggu pengangkutan oksigen yang dibawa dari paru-paru ke tisu dan organ lain dalam badan*.


Ini menyebabkan organ dan tisu dalam badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi.


*Tanda-tanda keracunan gas karbon monoksida* adalah:


1. Rasa sakit dan pening kepala

2. Rasa loya dan muntah

3. Rasa letih dan sukar bernafas

4. Pitam dan kemudian pengsan


Kita bimbang apabila seseorang yang tidur di dalam kereta dan mengalami keracunan gas ini, ia boleh menyebabkan kematian tanpa disedari.


Saya mencadangkan jika mahu berehat atau tidur di dalam kereta, carilah tempat yang lebih selamat. Contohnya di kawasan terang di R&R. 


Jika bersama keluarga, tidurlah secara bergilir. Atau ahli keluarga yang lain boleh ke bilik air atau makan dan minum dulu, sebelum datang semula ke kereta untuk mengejutkan pemandu yang sedang berehat dan tertidur.


Jika tidak dapat dielakkan apabila memandu berseorangan, cuba gunakan penggera masa untuk tidur antara 15-30 minit sahaja. Ini dapat mengelakkan dari tertidur lama dan terdedah pada gas ini yang mungkin masuk ke dalam kereta secara perlahan-lahan.


Semoga bermanfaat.


*#HealthDrZubaidi*

Lagi gambar kes terkini










No comments:

Post a Comment

Followers