Monday, October 26, 2020

Wasiat Imam Syafie

 


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,


beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. 


Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:


"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."


PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat

persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL

PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.


KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI

NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.


KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA

SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.


KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Credit: Koleksi Short Note Ustaz Azhar Idrus

Friday, October 16, 2020

Sakit mata

Catatan 16 Oktober 2014

 Pagi ini sambil memandu terasa kegatalan yang amat sangat pada mata kiri saya. Tidak tertahan gatal, saya menanggalkan cermin mata dan melihat menggunakan cermin pandang belakang. Ada selaput berwarna hijau cair. Selepas menghantar anak ke sekolah saya mengambil peluang keluar sebentar untuk membeli 'ubat' untuk mata saya.

Sangat mudah sebagai langkah pencegahan. Sebelum ini saya dan keluarga berjaya mencegah dengan cara . Harap2 kali ini berhasil jua.


Langkah-langkah


1. Kenalpasti punca kegatalan atau kesakitan pada mata. Jika ada selaput hijau, boleh segera bertindak.

2. Dapatkan Eye Lotion with Eye Bath di kedai runcit. (Saya beli di 7-Eleven pada harga RM18.80)

3. Tuangkan Eye Lotion ikut sukatan dan lekapkan pada bahagian mata yang sakit. Pastikan rapat dan tiada ruang untuk tumpah.

4. Perlahan2 buka mata yang sakit itu dan rasakan kesejukan seolah2 mata anda mata tersejuk di dunia.

5. Goyangkan kepala. Gelengkan lagi sambil gerak2kan bola mata ke semua arah.

6. Setelah puas dan yakin Eye Lotion sudah mengenai semua bahagian, tanggalkan dengan berhati2.

7. Anda akan dapati selaput hijau telah terpindah ke dalam Eye Lotion tersebut.

8. Gunakan cermin periksa sekiranya terdapat saki baki selaput mata tertinggal.

9. Jika ada, ulangi langkah 4 hingga 8 menggunakan Eye Lotion yang sama.

10. Sebagai langkah pencegahan, anda boleh lakukan langkah ini pada mata yang tidak kena penyakit mata tetapi pastikan Eye Lotion yang digunakan adalah yang baru dan bekasnya juga bersih.








Followers