Friday, October 20, 2017

Nasi Goreng Tersedap (bagiku)

Assalamualaikum.

Hai semua. Harap semua sihat2 selalu ya. Rasa lama betul tak menulis di blog. Entah kenapa pagi ini terpanggil nak menulis. Catat resepi nasi goreng tersedap padaku buat masa ini. <---ferasan.

Baiklah. Buat apa pun, pada pendapatku memerlukan sedikit compassionate. Ketekunan, usaha dan sudah tentu terselit kasih sayang memasak demi yang tercinta.

Jom ushar cara aku buat nasi goreng tersenang, tersedap. Uhuk.

Bahan2

Nasi sejuk (kecaikan dan gaul dengan 2 sudu garam halus)
2 mangkuk kecil ikan bilis (1 mangkuk kisar halus, 1 mangkuk lagi goreng garing)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 biji ubi kentang (potong dadu kecil dan goreng sehingga masak)
Sayur
1 sb sos tiram
2 sb sos tomato
1 sk sos ikan
1 mangkuk kecil minyak

Cara-cara.

1. Goreng ikan bilis kisar sehingga garing dan bertukar warna.
2. Masukkan bawang kisar. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram dan sos tomato. Sebatikan.
4. Masukkan ubi kentang yang telah digoreng terlebih awal tadi, sayur-sayuran (saya tak letak, sebab tiada stok). Sebatikan.
5. Masukkan nasi dan sos ikan. Gaul rata.
6. Siap untuk dihidangkan bersama ikan bilis goreng.

*Sangat sesuai dijadikan hidangan anak2.
*Jika mahu pedas, boleh tumbuk (sekali shj) 3~5 biji cili api masukkan sama2 bawang kisar.

Terima kasih sudi baca. Kalau sudi cuba, Alhamdulillah.

Sampai jumpa.

Wassalam.

Followers