Tuesday, March 31, 2020

Nasi Lemak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Rasanya sepanjang PKP ni banyak kali kulihat kawan2 post menu ini. Untuk kami pula sudah kali kedua.

Saja nak share resepi nasi lemak yang dr dulu kubuat beginilah caranya dan aku akan olah ikut kesusaian bahan yg ada masa nak masak. Di ajar oleh kakakku indirectly sbb masa aku form 4, dia baru mula berniaga dan aku antara ejen nasi lemak dia la. Bawak jual kat kawan kat sekolah.

Nasi lemak versi aku ini memang kegemaran anak2. Masak sikit tak cukup, masak banyak pun tetap habis juga. Alhamdulillah.



Bahan2

Nasi
Beras 4 pot - dibasuh bersih
Halia sebesar ibu jari - hiris
Santan - 1 kotak kecil
Garam 3 sudu teh
Air- 5 kotak santan tadi
Daun pandan

Sambal
5 sudu makan cili kering kisar
15 biji bwg kecil*
3 ulas bwg putih*
1 mangkuk kecil ikan bilis (direndam dahulu)*
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan gula
1 sudu teh maggie cukup rasa
1/2 inci belacan
2 mangkuk sederhana air

*tumbuk

Sampingan
6 biji telur - direbus
1 mangkuk kecil ikan bilis - goreng
1 biji timun - potong kecil

Cara

Nasi
1. Basuh beras sehingga bersih. Masukkan semua bahan dan gaul sehingga rata dan bolehlah dimasak.

Sambal
2. Baki minyak untuk ikan bilis goreng tadi boleh terus digunakan untuk menumis sambal. Panaskan minyak.
3. Masukkan bawang yang ditumbuk, tumis sehingga garing sebelum memasukkan ikan bilis tumbuk pula.
4. Apabila ikan bilis sudah garing masukkan cili kisar dan belacan. Kacau sebati. Apabila cili sudah mula berbuih, masukkan semangkuk air dahulu. Kacau sebati dan biarkan sekejap.
5. Apabila sudah agak kering, masukkan lagi semangkuk air. Tunggu sekejap sehingga cili berbuih, masukkan maggie cukup rasa, sos dan gula. Kacau rata.
6. Warna sambal akan bertukar kepada lebih gelap kerana gula tadi. Kecilkan api, tunggu sehingga pecah minyak dan boleh ditutup api.
7. Sedia dihidangkan bersama nasi dan bahan sampingan tadi.


Kisah Katak dan Ikan

BUAT RENUNGAN
KISAH KATAK DAN IKAN



Ada seekor katak yg nampak manusia sedang memancing. Ikan yg telah dapat di tangkap. Terus di belah perutnya dan di bakar di atas api. Katak jadi kesian melihat temannya ikan yg diperlakukan begitu. Walau pun rupa katak itu buruk dan tak cantik tetapi hatinya sangat baik.

Sedang manusia itu terus lagi memancing, untuk mendapat lebih banyak ikan. Katak rasa dia perlu buat sesuatu. Jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa ikan. Katak itu tegur ikan yg sedang memakan umpan nelayan itu. Katak itu beritahu pada ikan: "jangan makan cacing ni, sebenarnya ini perangkap. Kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah, kulit kau akan dibakar atas api. Mereka akan makan makan kau".

Katak ini tahu keadaan di atas darat. Tapi ikan ini tidak ambil peduli akan teguran si katak. Dgn sombong dia menjeling katak dan mengagap kehodohan rupa katak itu sama seperti perangainya. Si ikan bersangka buruk terhadap katak. Dia merasakan bahawa katak dengki padanya yg tengah memperolehi rezeki.

Ikan itu tak percaya, dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas. Ikan itu terkejut, dia nmpak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar. Dan sekarang baru dia yakin yg dia akan di bakar, kulitnya akan disiat2, perutnya akan dibelah. Ikan itu sangat menyesal . tapi... , Sudah tak ada peluang untuk nya kembali dalam air...

Keadaan ini sama pada kita, bila ada orang beritahu kpda kita keadaan Padang Mahsyar, balasan Neraka, balasan Syurga, azab Neraka, Titian Sirat, kita ambil tak endah saja. Bila sahaja mati, hijab Akhirat akan dibuka, kita akan nampak manusia yg dibakar atas api. Orang yg akan diseksa kerana melakukan maksiat, seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yg berlaku di atas darat .

Wahai sahabat2 sekalian,kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di Dunia ini. Jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita, kepada pekara yg sia- sia, terutama nya pegang akidah islam serta tingkatkan ketaqwaan dari masa ke semasa. Semoga ALLAH beri kita kefahaman serta keyakinan yg benar teguh.

Monday, March 30, 2020

Mee Goreng Ala Mamak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sambil2 cuti PKP ni, nak suruh anak2 masak. Bukan susah. Penyediaan bahan sama2. Masak pun mak ada kat belakang. Sonang yo kojo.

So hari ni turn anak bujang pula. 2 hari lepas kakaknya dah masak kuay teow.


Bahan2
Mee kuning 1 bungkus (bilas dan tos)
Bawang kecil 3 biji tumbuk
Ayam bahagian dada (potong kecil)
Bebola ikan 1 peket (belah 2)
Kek ikan 3 keping (hiris nipis)
Sawi (sy guna pak chow 3 pokok)
Cili kisar 1 sk
Sos cili 2 sudu
Sos tomato 2 sudu
Sos tiram 2 sudu
Sos ikan 1 sudu
Kicap pekat 1 susu
Kicap manis 2 sudu
Maggie cukup rasa 1 sk
Telur 2 biji
Minyak

Cara2
1. Panaskan minyak. Tumis bawang yg ditumbuk sehingga garing.
2. Masukkan cili kisar, tumis sehingga garing. Masukkan ayam, bebola dan kek ikan. Goreng sekejap sehingga lauk masak.
3. Masukkan sos dan kicap kesemuanya. Ratakan. Masukkan maggie cukup rasa.
4. Apabila  mendidih, masukkan mee. Gaul sebati sehingga mee kelihatan lembut.
5. Masukkan sayur dan gaul lagi sehingga sayur layu.
6. Ketepikan mee, buat ruang ditengah2 kuali masukkan telur. Kacau2 telur supaya cepat masak, apabila sudah mula berketul, bolehlah digaulkan rata dengan mee.
7. Sedia dihidangkan.

Sunday, March 29, 2020

Doa COVID-19

*Teks Doa Di Jauhkan Wabak COVID19 boleh dibaca selepas solat hajat atau bila2 masa*

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Saat ini kami mengangkat kedua tangan memohon ke hadratmu Ya Allah, memohon pertolongan dan perlindungan daripadaMu Ya Allah, Ya Allah kami sedar kami akur wabak covid-19 ini adalah teguran daripada Mu Ya Allah. Maka ampunkanlah segala dosa kami Ya Allah, kesilapan dan kesalahan kami Ya Allah, bantulah kami hamba-hambaMu yang lemah ini Ya Allah.

 Angkatlah virus ini ya Allah. Angkatlah wabak ini ya Allah. Hapuskanlah ia ya Allah. Lenyapkan ia Wahai tuhan yang maha berkuasa. Lindungilah kami ya Allah, anak2 kami ya Allah, keluarga kami, negara kami ya Allah, dan seluruh dunia daripada wabak ini ya Allah.

Ya Allah sembuhkanlah mereka yang telah dijangkiti ya Allah, sembuhkanlah mereka yang sedang dirawat ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada barisan hadapan kami ya Allah yang sedang berjuang merawat pesakit2 dan memerangi wabak ini ya Allah.

Ya Allah sesungguhnya kami sedih dengan keadaan yang menimpa kami ini, hanya Engkau yang berkuasa ya Allah, berikanlah kami kekuatan ya Allah berilah kami keupayaan agar dapat menghadapi semua ini ya Allah, untuk kami memperbaiki kelemahan dan kekurangan kami ya Allah.

Semoga ada hikmah disebalik ujianMu ini ya Allah, semoga semakin kuat keimanan dan juga ikatan kami kepadaMu ya Allah.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim wa ya Jabbar wa ya Mutakabbir. Kami sedar ya Allah banyak yang Engkau mahu tunjukkan kepada kami atas musibah ini. Ampunkanlah kami ya Allah. Jika ini adalah kemurkaan mu kepada kami ya Allah,

ya Allah ya Tuhan kami jentiklah hati kami ya Allah agar kami sedar akan kesilapan yang telah kami lakukan ya Allah.

Semoga kami senantiasa bermuhasabah,
kami muhasabah diri kami ya Allah agar dapat memperbaiki dan memperbetulkan kehidupan kami ya Allah.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim. Pertemukanlah kami dengan Ramadan tidak lama lagi ya Allah, maka Engkau angkatlah wabak ini ya Allah ' 'Birahmatikaya Ar hamarrahimin.'

Ya Allah ya Tuhan kami dekatkanlah hati2 kami denganMu ya Allah, agar kami sentiasa beribadah kepada Mu ya Allah. Berilah kami peluang dan ruang lagi ya Allah, untuk kami berjemaah di rumah-rumahMu ya Allah 'Birahmatikaya ar hamarrahimin'

Ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada perasaan hasad dan dengki, dendam, berburuk sangka , marah kepada sesama kami ya Allah. Berikanlah disebalik musibah ini ya Allah, berikanlah disebalik musibah ini ya Allah, umat islam kami semuanya semakin kuat, semakin hidup aman dan damai
'Birah matikaya ar hamarrahimin'

Ya Allah ya Rahim ya Tuhan kami terangilah hidup kami dengan cahaya petunjukMu, limpahkanlah kami dengan Rahmat dan kasih sayangMu ya Allah. Sejahterakanlah kami didunia dan diakhirat ya Allah.

Ya Allah wa ya Rahman wa ya Rahim kurniakanlah kekuatan kami dengan asbab kami membaca al-Quran, kurniakan kesihatan buat kami dengan kemuliaan, Ketinggian al-Quran, kurniakanlah keampunan buat kami ya Allah dengan mukjizat al-Quran,

ya Allah ya Rahman ya Rahim perkenankan doa kami dengan kemukjizatan dan kemuliaan al Quran yang kami basahkan lidah kami membacanya, yang kami alirkan air mata membacanya, yang kami gerakkan lidah kami menyebutnya ya Allah. Yang kami terangkan hati kami tatkala kami mendengar alunannya. Ya Allah birah matikaya ar hamarrahimin.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Solat Tahajjud

Solat Sunat Tahajjud

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah SWT.:
17:79
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

.

Tujuan Solat Tahajjud

.
  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.
.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud

.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.

1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Doa Sebelum Tahajjud
 .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.

2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.
a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

doa sujud akhir tahajud
.
.

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.
.

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

Doa Solat Sunat Tahajjud
.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 
.
.

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

.
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
.
.

Memudahkan Bangun Solat Malam

.
  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.

Saturday, March 28, 2020

"SIAPA MUHYIDDIN?"






"Siapa Muhyiddin? Aku tak undi dia! " begitu la kata kata netizen yang kononnya tak berpuas hati dengan perlantikan beliau sebagai PM ke - 8.

Mungkin ada yang tahu, tapi mungkin jugak ramai tak tahu. So, korang nak tau sape beliau? Meh Wani kongsikan serba ringkas mengenai beliau.

Selain dari seorang Pejuang Kanser Pankreas/ Pancreas Cancer Survivor yang telah pulih dan masih lagi menjalani rawatan, Perdana Menteri kita yang ke 8 ni jugak merupakan anak kepada salah sorang ulamak yang terkenal di Tanah Melayu suatu ketika dulu. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad. Ye, itulah nama bapa kepada PM ke 8 kita hari ini. Bukan kaleng kaleng ye gaiss. Beliau seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih.

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin ni diriwayatkan berasal dari Siak, Sumatera. Lahir pada tahun 1902M dan meninggal dunia pada usia 73 tahun di Muar, Johor.

Beliau banyak mengajar kitab-kitab Tasawwuf dan Ilmu Tauhid di daerah Muar seperti di Masjid Jamek Muar, Masjid Parit Jamil, Masjid Seri Menanti, Masjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar. Terkadang beliau mengajar sampai ke Chohong Melaka.

"Ooo. Patut la bila dengar dia (TSMY) baca doa, sebutan huruf tu jelas sangat dengan tajwid yang betul, bila dengar tu, dah terfikir, bagusnya dia belajar quran" - Kata Netizen 1

"Memang elok kannn, takde kekok ke apa memang takde . Tajwid betul dan jelas and dia macam dah biasa baca" - Kata Netizen 2.

Alhamdulillah. Biarpun ada yang kata. Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa, namun kita patut bersyukur dikurniakan pemimpin yang berlatar belakangkan agama. Bahkan jelas dari awal memegang tampuk kepimpinan hingga sekarang, ucapan serta kenyataan beliau juga banyak berunsurkan agama serta tawaduk. 👍

Moga Allah selamatkan Malaysia dari mereka yang sombong dan berbau liberal. Dan mudah mudahan juga dibawah kempipinan Tan Sri Muhyiddin Yasin ini, agama Islam didaulatkan dan bangsa Melayu menjadi bangsa yang bermaruah .

Allahuma aminn 🤲🏻

Apapun teruskan #STAYATHOME untuk #HAPUSCOVID19!

Sup Ayam Mudah & Sedap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Dah lama tak tepek resipi. Memandangkan PKP ni, ada masa terluang, bolehlah share sikit.

Bahan2.

Minyak untuk menumis
3 ketul ayam bahagian thighs (dibersihkan dan dipotong kecil - sy potong jadi 9 ketul)
Halia sebesar ibu jari - diracik
Bawang merah 3 biji*
Bawang putih 3 ulas*
Ubi kentang sebiji - potong 8
2 mangkuk sederhana air
Daun sup dan daun bawang
3 sudu teh garam

Cara
1. Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak.
2. Masukkan ayam dan halia. Tumis sehingga ayam separuh masak dan masukkan bahan tumbuk.
3. Apabila bawang sudah garing, masukkan ubi kentang. Tumis sekejap lagi.
4. Masukkan air, perlahankan api. Reneh sehingga mendidih. Masukkan daun sup serta daun bawang.
5. Tutup api dan masukkan garam. Kacau rata.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Simple sgt2. Tapi menjadi kegemaran keluarga. Kalau nak bg anak2 makan sayur, boleh masukkan cendawan racik masa masukkan kentang tu ya.

Friday, March 27, 2020

Wabak #COVID19 di Malaysia, 27 Mac 2020.

TERKINI: Wabak #COVID19 di Malaysia, 27 Mac 2020.


130 jumlah kes baru.

2,161 kes keseluruhan setakat hari ini.

54 pesakit di ICU termasuk 34 pesakit bergantung kepada  alat bantuan pernafasan. - KPK @DGHisham

TERKINI: Bilangan pesakit #COVID19 yang berjaya disembuhkan di 🇲🇾 terus 🎈meningkat kepada 2⃣5⃣9⃣

Ini termasuk 44 pesakit terbaru yg telah sembuh dan discaj. 🎈

🎈Kita ulang dan akan terus ulang ucapan terima kasih dan tahniah kpd pasukan perubatan KKM. 🎈

TERKINI: Kematian akibat wabak #COVID19 di Malaysia 5pm,  27 Mac 2020.

Kematian terus meningkat kepada 2⃣6⃣

Sebahagian besar kematian adalah  golongan berusia dan mempunyai sejarah penyakit kronik.
Kes kematian ke 25 (pesakit 2,032) ialah lelaki tempatan berumur 83thn yg mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun pd 25 Mac dan disahkan meninggal pd 26 Mac jam 6.55pm.

Kes kematian ke-26 (pesakit 1,321) lelaki tempatan 53thn.

Beliau adalah kontak rapat kpd kes positif kes ke-1,309.

Dirawat di Hospital Sg Buloh pd 22 Mac dan disahkan meninggal dunia 27 Mac jam 10.30am.

Salam takziah drpd KKM kpd keluarga pesakit.

Sehingga jam 12 tengah hari ini, Daerah Kluang, Johor melaporkan sebanyak 88 kes positif COVID-19, dengan 74 adalah dari Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu
Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di dua kawasan itu bertujuan membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut dan bagi memutuskan rangkaian jaringan penulasan COVID-19.

Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) dari rumah ke rumah dilaksanakan, selain aktiviti nyahkuman dijalankan di kawasan berkaitan.

KKM sasar 300 sampel ujian diambil setiap hari bermula
hari ini. Persampelan diutamakan kpd kontak rapat, individu bergejala dan golongan berisiko.

Siasatan awal KKM mendapati terdapat 4 kluster di Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid, di Simpang Renggam, Kluang.

Ia melibatkan 4 individu yg pernah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling dan menghadiri kenduri di dua kawasan itu. - @DGHisham

Thursday, March 26, 2020

Finally...

Assalammualaikum and hi everyone.

After the 9th day of Movement Control Order, finally I get the chance to go out. Yeayyyy! ~

Actually, I really needed this. My sanity is finally restored. Hahaha. Boleh jadi gila jika lama2 tak ke mana2.

Tempat yang dituju adalah AEON Supermarket, One Utama.

So, tak banyak gambarnya. Sebab pakai sarung tangan, payah nak ambil gambar. Jalan lengang, lancar. Ini memang best. Parkir juga lengang dan banyak tempat kosong.





Sebelum masuk ke pasar raya, ada pengawal keselamatan yang akan memastikan pelanggan menggunakan hand sanitizer.
Untuk yang siap bersarung tangan seperiku ini, dikecualikan la.

Kemudian kena beratur utk ambil troli, mujur org tak ramai, aku dah standby bawa foldable stool kot2 kena beratur panjang dan lama sebelum masuk. Dan betul2 depan pintu masuk kena check suhu. Alhamdulillah tak demam. Lepas.

Actually, aku baru je baik dari flu. After 5 days. And Krz pula kena flu, so aku minta dia rehat and let me do his job for once. Bukan sekadar alasan nak keluar ek.

Tak puas shopping, tiba2 sakit perut, capai mana patut dan terus bayar.

Beli yang patut je. Buah2an sikit. Timun. Lauk ada ayam diap potong sahaja. Lauk2 lain ada tapi sbb rasa tak berbaloi harga, tak jadi beli. Mahal sgt pula. Aiskrim yg anak2 order, susu segar, stok coklat, panadol soluble utk org flu, cotton bud dan tisu dapur. 

Oh lupa nak beritahu semua kedai dlm ni tutup ya. Kecuali kedai makan yg beroperasi untuk penghantaran sahaja. Bagusnya aku rasa PKP @ MCO ini, boleh cleanse all the negativity, all the viruses in the environments. Semoga semua dalam keadaan lebih baik selepas ini. Aamiin. 

Sampai jumpa lagi ya. Jaga diri semua. Daaaa... 



Statistik Terkini COVID19 26 Mac 2020



Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order)


Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order) telah dilaksanakan di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Ini susulan jumlah kes positif yang tinggi di dua kawasan tersebut.

Perintah ini berkuatkuasa tengah malam ini 27 Mac - 9 April 2020.

Tindakan PKPD ini bertujuan membendung jangkitan COVID19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut.

Dengan pelaksanaan PKPD;

-penduduk dan pelawat yang telah berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan.

-bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan.

-semua aktiviti perniagaan dihentikan.

-makanan asas akan dibekalkankepada semua penduduk oleh JKM

-pangkalan perubatan akan dibuka di kawasan PKPD

-semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup

-PDRM, ATM, APM, dan RELA akan mengawal seluruh kawasan.

Wednesday, March 25, 2020

Statistik Terkini Covid-19


Kes kematian ke-16 merupakan kes ke-1334, lelaki warganegara Malaysia berumur 75 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU dan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020, jam 7.40 malam.

Kes kematian ke-17 merupakan kes ke-1251, lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik dan disyaki mempunyai sejarah kontak dengan kes positif COVID-19. Beliau telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor pada 20 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU sebelum disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 4.10 pagi.

Kes kematian ke-18 merupakan kes ke-1625, lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor pada 20 Mac 2020.  Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020, jam 2.00 pagi.

Kes kematian ke-19 merupakan kes ke-1246, perempuan warganegara Malaysia berumur 68 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Johor pada 19 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU dan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 12.53 pagi.

Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020


















Flatten The Curve


Apa maksudnya “Flattening the curve?”

Kita melambatkan jangkitan virus merebak. Tujuannya ialah supaya jumlah orang yang dijangkiti virus dengan penyakit COVID-19 yang teruk TIDAK melebihi keupayaan Hospital dan pengamal kesihatan Malaysia memberi rawatan.

Kadar kematian di lain-lain negara yang disebabkan penyakit COVID-19 bergantung kepada taraf kesihatan masyarakat pada permulaannya sekali dan juga taraf perkhidmatan kesihatan yang terdapat di negara tersebut.

Ramai orang tanya kenapakah di negara Itali yang mempunyai jumlah penduduk 60 juta ada lebih kematian COVID-19 dari di negara China yang mempunyai populasi 1.3 billion?

Jawapannya ialah kerana negara China “Flattened the curve”

Apa negara China buat? Mereka lockdown Wuhan yang penduduknya 10 juta dan tidak membenarkan jangkitan virus merebak dengan cepat ke seluruh negara China yang mempunyai penduduk 1.3 billion orang. Lockdown bermakna tidak membenarkan penduduk Wuhan keluar rumah, tidak membenarkan orang dari luar masuk ke Wuhan dan semua perniagaan di tutup sebagai kaedah jarak sosial yang berkesan. Lockdown itu lebih dahsyat lagi dari Perintah Kawalan Pergerakan. Dengan cara ini, doktor-doktor di bahagian lain negara China boleh datang memberi bantuan kepada Wuhan. Mereka membina Hospital baru dengan cepat. Mereka dapat menumpukan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat Wuhan yang penduduknya 10 juta. Jika TIADA lockdown ini, jumlah yang dijangkiti virus sudah pun berjuta-juta, dan perkhidmatan kesihatan akan gagal membantu terlalu ramai pesakit dalam satu masa serentak, maka kadar Kematian menjadi jauh lebih tinggi.

Sebagai contoh, jika 1200 orang di Malaysia perlukan bantuan pernafasan serentak, tetapi di Malaysia hanya ada 1000 ventilator, maka 200 orang yang tidak dapat bantuan ini tidak diberikan peluang untuk diselamatkan, maka jumlah kematian meningkat jauh lebih tinggi.

Jika kita flatten the curve, melambatkan jangkitan merebak dalam masa lebih lama, iaitu, berminggu bukan berhari, maka walaupun 1200 orang perlukan bantuan pernafasan, mereka semua akan dapat bantuan ini jika jumlah yang dijangkiti merebak dengan lebih perlahan dan tidak perlukan bantuan dengan serentak.

Dengan kata lain, kita sekat virus ini buat rekrut MLM dengan cepat. Kita asingkan mereka supaya kemajuan MLM mereka dilambatkan. Kita sekat mereka membuat perhimpunan dan party MLM menambahkan ahli dengan cepat.

Duduk di rumah, supaya kami boleh membantu anda.

Sekiranya masyarakat tidak mengikut nasihat ini, Perintah Kawalan Pergerakan mungkin mesti diteruskan melebihi 2 minggu, supaya kita berjaya ‘Flatten the curve’

Followers