Saturday, June 27, 2020

Tidur adalah kematiaan sesaat

Boleh jadi malam ini merupakan malam terakhir kita di dunia ini dan apabila kita buka mata esok mungkin kita telah berada di alam barzakh. Jadi, sebelum tidur: ✔ Bertaubat dan beristighfar lah minta ampun pada Allah, jangan hanya minta syurga dan bidadari sahaja sebab bila Allah ampunkan dosa kita, maka memang syurgalah tempat kita. ✔ Berdoalah dalam hati,"Ya Allah, ampunkan dosa isteri/suamiku". Suami maafkan kesalahan isteri takut-takut suami mati dulu tak sempat nak ampunkan dosa isteri. Isteri pun kena mintak maaf dengan suami setiap malam sebelum tidur, bukan setahun sekali time raya saja. Inilah ciri-ciri isteri solehah. ✔️ Sebelum tidur jangan lupa ambik wudhuk,baca 3 qul dan syahadah. ** Selamat beramal dan selamat malam ...Salam sayang semua😍😘

Friday, June 26, 2020

J. E

JE menyerang Malaysia semula! Bahayanya JE. Kami paparkan Kesan JE kepada individu yang dijangkiti terutamanya pada kanak-kanak.









Pantang Untuk Darah Tinggi

PANTANG UNTUK DARAH TINGGI

✅ Pantang bermaksud suatu larangan atau tegahan, tidak boleh dilakukan dan perlu di elakkan.

✅ 1 dari 3 rakyat Malaysia mempunyai tekanan yang tinggi dari paras normal.

✅ Boleh cuba amalkan amalan pantang ini selama beberapa minggu, memang terkejut doktor melihat bacaan tekanan darah anda menjadi lebih cantik!

✅ Ubat jangan lupa pula ya. penting.

Tuesday, June 23, 2020

Gegata / Kelopak garam / Ludah hantu

Sering terkena gegata? Boleh tengok punca paling biasa untuk gegata. Ini adalah makanan dan keadaan yang kerap menjadi punca gegata. Anda boleh elakkan gegata tersebut dengan mengelak makanan/keadaan tersebut.

Kalau terkena juga atau tidak boleh elak memakan makanan berkenaan, selalunya akan hilang sendiri. Namun, jika ianya semakin teruk, jumpa doktor tau.

Dan jika anda ada sesak nafas, segera ke hospital. Semoga membantu.

Monday, June 22, 2020

Tangan lenguh ketika menaip?

Adakah anda mengalami masalah tangan kebas dan sakit pada waktu malam ?

Kesakitan ini  semakin serius pada waktu pagi selepas bangun dari tidur sehingga merebak ke bahu.

Ini MUNGKIN gejala Carpal Tunnel Syndrome, sejenis masalah saraf yang berlaku akibat pergerakan yang berulang ulang di pergelangan tangan yang akibatkan saraf terhimpit.
.
Siapakah golongan berisko?

✔️ Pekerja yang menaip sepanjang hari di pejabat berisiko tinggi untuk mendapat masalah ini.
✔️ Tukang jahit
✔️ Tukang masak
✔️ Ahli music
✔️ pekerja salon
✔️ Tukang gunting rambut
.
Cara terbaik untuk mencegah adalah dengan memastikan postur yang betul semasa melakukan kerja. Jangan lupa berehat dan lakukan regangan setiap 20 minit.

Dapatkan rawatan jika masalah berterusan dan semakin serius.

Sunday, June 21, 2020

Makan buah-buahan sebelum makan

MAKAN BUAH TERDAHULU SEBELUM MAKAN MAKANAN LAIN

Dalam satu ayat al-Quran ada menyebut buah-buahan terlebih dahulu sebelum daging, dalam rujukan keadaan luar biasa yang berlaku pada orang yang beriman apabila dihidangkan makanan dalam syurga.

"Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih. Serta daging burung (ayam) dari jenis-jenis yang mereka ingini." [Surah Al-Waqi'ah : ayat 20 - 21]

Jadi ada ulamak yang mencadangkan agar kita mengambil dan memakan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan lain seperti karbohidrat, lemak atau protein.

Ini bermakna kita digalakkan makan buah sebelum memakan hidangan berat (nasi) kita. Jika tiada buah-buahan, ambillah sayur-sayuran (terutamanya ulam-ulam) dahulu.

1. Buah-buahan (dan sayur-sayuran) mengandungi serat yang banyak, dapat memperlahankan penyerapan gula yang terlalu cepat. Dengan ini dapat menstabilkan gula dalam darah.

Penyerapan gula yang terlalu cepat menyebabkan tahap gula dalam darah akan menjadi tinggi (walaupun dalam julat yang normal). Bagi mereka yang ada penyakit diabetes, bacaan gua akan melonjak melebihi julat yang normal.

Ini akan menyebabkan pengeluaran insulin yang banyak dalam tubuh (hyperinsulinemia) dan keadaan ini menyebabkan roses keradangan dalaman (internal inflammation), akhirnya kita akan mengalami masalah kronik yang pelbagai.

2. Mengambil buah-buahan terlebih dahulu juga membantu pencernaan karbohidrat, lemak dan protein dengan lebih baik. Ini kerana ia akan menyediakan enzim-enzim dan asid dalam perut sebelum kehadiran karbohidrat, lemak dan protein.

Dengan ini akan mengurangkan masalah pencernaan, yang selalu berlaku seperti rasa kembung perut, rasa memulas atau pedih ulu hati (akibat reflux).

3. Mengambil buah-buahan (dan sayur-sayuran) dahulu juga menjadikan kita lebih puas ketika menikmati makanan dan merasa cepat kenyang. Dengan ini dan mengurangkan pengambilan karbohidrat berproses seperti nasi putih yang banyak. Ia juga menyebabkan kita berasa lambat lapar semula.

4. Saranan ini adalah suatu nasihat (adab) dalam pemakanan. Ia bukan suatu kewajiban yang mesti diikuti. Bila kita mengamalkannya, ia memudahkan kita untuk lebih menikmati makanan, rasa lebih puas dan cepat kenyang. Yang penting ia membantu pencernaan kita.

5. Saya juga mencadangkan pengambilan minyak zaitun OLIVIE dalam pemakanan kerana ia sumber minyak sihat (monounsaturated fatty acid) yang sangat penting. Ia menghalang penyerapan gula dengan cepat.

Semoga bermanfaat.

Rujukan: Dr. Abdullah Abd. Hamid Diyab dan Dr. Ahmad Qurquz - Ma'a ath-Thibb fil Quran al-Karim.

#HealthDrZubaidi

Kredit: Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Gaji 2020


Saturday, June 20, 2020

FaceApp tukar rupa jantina ~ HARAM

MOHON JANGAN MAIN FACE APP
MENUKAR RUPA JANTINA

Permainan Face App menukar rupa jantina walaupun hanya suka-suka, dikhuatiri  mendatangkan dosa. Akak mohon sesiapa yang terjebak permainan ini bertaubat. Permainan ini bagai mempermainkan hukum ALLAH. Jangan kerana hanya suka-suka ini, tanpa sedar kita di laknat ALLAH.

Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu anhuma, dia berkata: “Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki” [HR. Al-Bukhâri, no. 5885; Abu Dawud, no. 4097; Tirmidzi, no. 2991]

Dan telah diketahui, bahwa perbuatan yang terkena laknat ALLAH atau Rasul-Nya termasuk dosa besar.

Syaikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa’di rahimahullah berkata, “Definisi dosa besar adalah: dosa yang ada had (hukuman tertentu dari agama) di Dunia, atau ancaman di Akhirat, atau peniadaan iman, atau mendapatkan laknat atau kemurkaan (ALLAH) padanya.” [Taisîr Karîmirrahman, surat An-Nisa’ ayat ke-31]

Selamat Hari Bapa


Selamat hari bapa untuk semua yang bergelar bapa

Semoga sentiasa diberi kekuatan dan kesabaran oleh Allah untuk menjadi pempimpin keluarga yang penyayang dan penuh hikmah!
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
Untuk bapa kita yang sudah tiada bersama kita lagi di dunia ini, sedekahkanlah Al Fatihah untuk mereka dan semoga roh mereka ditempatkan di taman-taman syurga ...💕💕💕
#BerSyukur

Friday, June 19, 2020

Bahaya Energy Drink


Minuman Tenaga merupakan minuman TANPA alkohol yang mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan bahan  tambahan lain.

Ia sering di pasarkan sebagai produk yang memberi tenaga berpanjangan, untuk menambah prestasi ahli sukan, untuk pemanduan jangka masa panjang dan juga untuk pelajar.

Pengkaji mendapati, punca UTAMA yang menyebabkan risiko kesihatan adalah kandungan kafien yang terlalu TINGGI dalam minuman ini.

Pengambilan kafien berlebihan mengakibatkan  jantung berdegup dengan pantas,tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam badan, metabolic asidosis, sawan dan kematian.

Selain itu, seperti mana minuman ringan lain, “minuman tenaga” mengandungi GULA yang cukup tinggi. Cuba bayangkan, satu tin minuman tenaga popular mengandungi 27.5 g gula!

Dalam kajian terkini, pengambilan Minuman Tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda!
.
✔️ Elakkan pengambilan minuman tenaga secara kerap dan berlebihan
✔️ Kanak kanak, pelajar sekolah dan wanita hamil perlu mengelakkan dari mengambil minuman tenaga

Sunday, June 14, 2020

Doa awal usia 40an

Bila usia 40an-50an ni. Banyak benda kau kena ubah! antaranya:

1. Bersederhana dlm bekerja, sebab kau kena lebihkan usaha mendekati Allah dan keluarga

2. Ambik cuti dan tinggalkan hal2 kerja seketika untuk kau lebih mendekati anak2 yang sedang membesar

3. Berhenti untuk fikir masalah kerja dirumah, rumah adalah masa terbaik kau untuk tenang.

4. Tak perlu korbankan masa kau untuk orang lain, tapi korbankan masa kau untuk Allah dan keluarga

5. Jangan teragak-agak berkata TIDAK untuk kerja orang lain yang kau kena buat, kerana diusia ini kau perlu memilih untuk bekerja dengan tenang!

6. Tinggalkan manusia2 yg mengambil kesepatan pada kau! Biar kawan tak ramai dari ramai yang haramjadah

7. Jauhi mereka yg hipokrik, terutama yang fake!

8. Cari kawan yg ikhlas dan lebih mendamaikan, jauhi mereka yang berlagak baik tapi hati busuk.

9. Jaga kesihatan, kawal pemakanan dan bersenam! Enjoy dgn keluarga!

10. Berehatlah dari dunia yang sementara, 40an-50an adalah masa mencari ketenagan untuk 60an dan seterusnya yg lebih baik bila bersara.40an Usia terbaik untuk pergi umrah pd yang belum pernah pergi, kerana badan masih sihat.

Ikhlas:
Prof Madya Dr Kamal

Kredit Prof Madya Dr Kamal

Amalan malam raya

Salam. Amalan utk malam hari raya. Semoga Allah swt memberi kemudahan utk kita beramal. Terima kasih buat Ustaz Muhadir Haji Joll

Friday, June 12, 2020

Sengatan lebah

Jika anda disengat lebah, perkara penting yang anda perlu lakukan adalah mengesan dimana lokasi sengat lebah.

Biasanya, anda akan merasa sakit dan panas di tempat sengatan. Perlahan lahan, buang sengat menggunakan penyelit kecil atau 2 kad kredit yang dirapatkan.

Selepas itu, basuh tempat sengatan dengan air sabun. Tuam ais batu selama 20 minim berulang ulang sehingga bengkak reda.

Jika ada krim sapuan calamine atau hydrocort cream boleh gunakannya. Ambil ubat antihistamine jika ada.

Sekiranya gejala bengkak, sakit dan gatal semakin teruk, dapatkan rawatan segera. Jika kali terakhir anda mendapat suntikan tetanus 10 tahun lalu, suntikan vaksin tetanus juga mungkin diperlukan.

Doa mengelakkan pencuri masuk ke rumah

Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut... , dia nampak air...

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur... atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah... atau dalam bilik mandi...

Jom kita pakat amalkan tips di bawah ini...
Moga kita sama-sama dirahmati Allah SWT.

👳 DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

🔴 Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::

1⃣ Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
2⃣ Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)
3⃣ Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
4⃣ Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)

"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Bermaksud :: "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5⃣ Lafazkan "BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH" ~ "LA HAULAWALA KHUWATA I'LLA BILLAH 'ILL 'ALIYIL 'AZIIIM" ~ (1x)

Petikan dari kuliah :: Al-Fadhil Ustadz Fadhly Syam

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.
Aamiiin...

Sila Sebarkan...

Thursday, June 4, 2020

Balasan kad raya Part 1.

Assalamualaikum semua.

Akhirnya yang di tunggu2 dah tiba. Kad raya balasan. Paling mewah dari DYMMSPBYDPA la. Boleh beli frame stand dan terus jadi hiasan rumah. Tebal.

Jom tengok gambar2. Semoga akan terima lagi nanti. Boleh sambung part 2 pulak. Hihihi. Sampai jumpa semua.
















Puasa Sunat Hari Putih

Syoknya Puasa Syawal 🌙


1441 Hijriah : Boleh plan Puasa 6 Syawal + Puasa Hari Putih

13 Syawal - Jumaat
14 Syawal - Sabtu
15 Syawal - Ahad

📚 PUASA SUNAT HARI-HARI PUTIH ATAU 3 HARI SETIAP BULAN

▫Dari Abdullah bin 'Amr ; Rasulullah saw bersabda : "Puasalah tiga hari dari setiap bulan. Sesungguhnya amal kebajikan itu ganjarannya 10 kali ganda, seolah-olah ia seperti berpuasa sepanjang masa."
[HR Bukhari, Muslim, Abu Daud dan An-Nasaei]

▫Abu Zar al-Ghifari ra mengatakan :
"Rasulullah saw memerintahkan kami agar berpuasa sebanyak 3 hari pada setiap bulan, iaitu apa yang dinamakan dengan hari putih bermula tarikh ke 13, 14 dan 15. Beliau bersabda : '(Jika berpuasa ketiga-tiga hari tersebut) sama seperti berpuasa sepanjang tahun."
[HR An-Nasaei dan disahihkan oleh Ibn Hibban]

▫Hadis Abu Hurairah ra bahawa beliau berkata :
"Teman setiaku Rasulullah saw memberi wasiat kepada ku untuk berpuasa tiga hari dalam setiap bulan, mengerjakan solat dua rakaat dhuha dan aku mengerjakan solat witir sebelum aku tidur."
[HR Bukhari 1180]

📒 APA MAKSUD HARI PUTIH?

▫Disebut sebagai 'Hari-hari putih' kerana malam-malam yang terdapat pada hari tersebut bulan bersinar putih dan terang benderang. Bagai bulan purnama.
[Fathulbari 4/226]

📘 CARA NIAT

"Aku niat puasa sunat hari putih kerana Allah Taala"

📙 RASULULLAH SAW TIDAK PERNAH MENINGGALKAN PUASA HARI-HARI PUTIH

▫Ibnu Abbas ra bahawa beliau berkata :
"Adalah Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan puasa pada hari-hari putih, baik di waktu musafir maupun di saat Mukim."
[HR At-Tabrani disahihkan oleh al-Albani dalam Sohihul Jami']

📗 BERPUASA 3 HARI SETIAP BULAN

▫Puasa hari-hari putih tidak semestinya pada tanggal 13,14 dan 15 bulan Hijriyah. Asalkan puasa 3 hari dalam sebulan dan tidak semestinya berturut-turut.

▫Diriwayatkan oleh Aisyah ra bahawa beliau ditanya oleh Mua'az Al-Adawiyah apakah Rasulullah saw sentiasa berpuasa tiga hari dalam setiap bulan? Maka beliau menjawab ; ia. Lalu ditanya lagi ; pada hari yang mana dari bulan tersebut? Beliau menjawab ; Beliau tidak peduli di hari yang mana dari bulan tersebut ia berpuasa."
[HR Muslim 1160]

▫Dr Yusuf al-Qardhawi dalam Fiqh Puasa berpendapat ; perbezaan hadis dalam menetapkan hari-hari puasa putih menunjukkan adanya toleransi. Setiap muslim boleh sahaja puasa di awal bulan, tengah bulan, akhir bulan, sesuai dengan kemudahan dan kesempatan yang ia miliki.

▫Saidina Umar al-Khattab, Ibnu Mas'ud, Abu Dzar dan Ulamak-Ulamak mazhab Syafei memilih berpuasa pada 13,14 dan 15.

▫Imam Malik memilih puasa hari 1, 10 dan 20 setiap bulan.

▫Namun yang lebih AFDHAL puasa hari-hari putih kata Imam Nawawi ialah pada 13,14 dan 15 secara berturut-turut.

Wallahua'lam.

#PuasaHariPutih

Tuesday, June 2, 2020

Ketumbit

KETUMBIT PADA MATA
.
Ketumbit (Stye) adalah benjolan kecil dan menyakitkan yang muncul di dalam atau luar kelopak mata. Ia mungkin kelihatan seperti jerawat di pangkal bulu mata anda. Pembentukannya di bawah kelopak mata mungkin kurang disedari pada mulanya. Tetapi dua keadaan ini boleh menyebabkan kelopak mata menjadi merah, bengkak dan mungkin berasa gatal dan sakit.
.
Dalam istilah perubatan ketumbit terbahagi kepada dua, iaitu:

i) Hordeolum

Ia berlaku disebabkan jangkitan kuman pada kawasan folikel bulu mata (hordeolum luaran) ataupun kalenjar meibomian (hordeolum dalaman) yang terletak di belakang kelopak mata. Selalunya ia menyebabkan rasa sakit di bahagian yang terlibat dan mempunyai nanah.

ii) Chalazion

Benjolan pada kelopak mata yang tumbuh ketika kelenjar minyak tersumbat. Tidak seperti stye, ia biasanya tidak menyakitkan dan berasa melekit.

Ketumbit merupakan ketumbuhan pada kelopak mata sama ada melibatkan satu mata sahaja atau kedua-dua belah mata.
.
APAKAH GEJALA KETUMBIT?
.
1. Sakit pada kelopak mata
2. Mata rasa seperti berbiji
3. Merah atau bengkak pada kelopak mata
.
KOMPLIKASI
.
Kebanyakan ketumbit akan hilang tanpa memerlukan rawatan dalam beberapa hari. Tetapi sesetengah individu mungkin mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya jangkitan tersebut merebak ke bahagian lain kelopak mata seterusnya menyebabkan preseptal cellulitis. Keadaan ini menyebabkan kesakitan dan bengkak pada kelopak mata.
.
PUNCA KETUMBIT
.
Ia berpunca daripada bakteria staphylococcus yang menjangkiti kelenjar minyak di dalam kelopak mata atau folikel rambut bulu mata. Kuman-kuman itu boleh datang dari apa-apa yang menyentuh atau menggosok mata anda, seperti tangan atau solekan mata anda. Anda mungkin cenderung untuk mendapatkan lebih banyak ketumbit semasa musim alergi apabila mata menjadi gatal. Anda juga lebih cenderung untuk mendapatkannya jika anda mempunyai blepharitis, sejenis keradangan di sekeliling tepi kelopak mata.
.
Perlu diketahui bahawa ketumbit hordeolum dan chalazion ini boleh berubah kepada satu sama lain. Chalazion boleh berubah menjadi hordeolum ketika mana dijangkiti kuman. Manakala, hordeolum pula boleh menjadi chalazion apabila nanah yang ada di dalam kalenjar tidak dibawa keluar hingga menyebabkan ia tersumbat dan menjadi chalazion pula.
.
RAWATAN
.
Biasanya, masalah ketumbit ini akan pulih sendiri. Kebanyakan ketumbit ini adalah kecil dan tidaklah terlalu menganggu pesakit. Ketumbit ini boleh dirawat di rumah dengan mudah. Rawatan untuk kedua-dua jenis ketumbit ini adalah lebih kurang sama.
.
Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan ketumbit ini:
.
1. Menuam ketumbit dengan menggunakan sapu tangan yang direndam dalam air panas untuk 10 minit dan ulang 2 hingga 3 kali sehari.
2. Membersihkan kelopak mata dengan menggunakan putik kapas yang direndam sabun bayi untuk mengesat bulu mata dengan lembut.
3. Mengurut secara lembut chalazion yang bengkak untuk mengeluarkan lemak yang tersumbat.
.
Sekiranya ketumbit ini menjadi semakin besar dan sakit atau mengambil masa yang panjang untuk pulih, pesakit perlu berjumpa doktor untuk:
.
1. Menggunakan titisan atau ubat makan antibiotik.
2. Mengeluarkan nanah atau kandungan kelenjar dengan kaedah surgikal minor.
.
Walaubagaimanapun, masalah ketumbit jarang sekali memerlukan rawatan doktor kerana biasanya akan beransur pulih dengan sendiri. Oleh itu, individu yang mengalami masalah ini tidak perlulah terlalu risau. Sekiranya sering mengalami ketumbit, anda haruslah sentiasa menjaga kebersihan kelopak mata dan tidak berkongsi alat solek mata untuk mencegah pertumbuhan ketumbit.
.
#HealthDrZubaidi

Followers