Thursday, August 6, 2020

Hydrochlorothiazide (Ubat Darah Tinggi)

*PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT DARAH TINGGI HYDROCHLOROTHIAZIDE* 

 1. Ubat sintetik ini digunakan untuk *mengawal tekanan darah*. Ia tidak bertujuan untuk merawat (sembuh), tetapi untuk mengelakkan dari komplikasi seperti stroke, serangan sakit jantung atau kerosakan ginjal. Oleh itu ia harus diberikan dengan preskripsi. 

2. Ia berada dalam kumpulan *diuretics* iaitu ubat sintetik yang menyebabkan kencing. Dengan itu ia mengeluarkan lebih banyak air dan mineral dari tubuh. 

3. Ia dapat *mengurangkan air yang berlebihan dalam tubuh*, yang menyebabkan kaki menjadbengkak (edema) dan rasa susah bernafas. Oleh itu ia bagus untuk pesakit kegagalan fungsi jantung, hati dan ginjal bagi mengeluarkan air yang berlebihan. Jadi dapat mengurangkan susah bernafas dan bengkakan air pada pergelangan kaki (edema). 

4. *Ambil ubat ini secara oral* (masuk ke dalam mulut) seperti mana yang diarahkan oleh doktor. Selalunya dos yang diarahkan ambil sekali atau dua kali sehari, bersama atau tanpa makanan. Selalunya 12.5mg, atau 25mg atau 50mg sehari. Bincang dengan doktor yg memeriksa. 

 5. Jika ia diambil sebelum tidur, ia menyebabkan pesakit akan bangun malam untuk kencing. Cara terbaik, ambil 4-6 jam sebelum tidur.

 6. Ambil ubat ini pada waktu yang sama setiap hari bagi mengurangkan lupa untuk diambil. Pengambilan secara konsisten akan memberikan kesan terbaik dalam mengawal tekanan darah. 

 7. Jika ada mengambil ubat untuk merendahkan kolestrol seperti cholestyramine atau colestinol, ambil dalam jarak 4-6jam. 

 8. Jika pesakit mengambil ubat steroid corticosteroids juga harus berhati-hati. Pengambilan ubat sintetik hydrochlorothiazide akan merendahkan tahap mineral dalam tubuh. Pengambilan ubat sintetik corticosteroid bersama hydrochlorothiazide akan *menyebabkan tahap mineral akan turun dengan lebih banyak terutama potassium*.

 9. Pesakit diabetis juga berhati-hati mengambil hydrochlorothiazide kerana ia *meningkatkan bacaan gula*. 

 10. Antara *kesan sampingan yang biasa dirasakan adalah tidak selesa pada perut, rasa pening atau sakit kepala*. Ia hanya untuk sementara. Jika berterusan, mungkin pesakit harus memberitahu doktor dgn segera. 

 11. Untuk mengelakkan rasa pening, bangun secara perlahan-lahan dari posisi duduk atau berbaring. 

 12. Pengambil ubat sintetik ini secara berlebihan, mungkin akan menyebabkan dehidrasi dan kehilangan banyak garam. Antara tandanya adalah rasa dahaga yg melampau, otot menjadi kejang, rasa lemah, dan degupan jantung menjadi laju. 

 13. Alahan terhadap ubat ini jarang berlaku. Antara alahan itu adalah terdapat ruam dan rasa gatal, rasa pening dan sukar bernafas. Ini kerana ubat itu mungkin mengandungi bahan *sulfites* pada jenama tertentu. 

 14. Ubat ini mungkin menyebabkan tahap potassium dalam darah turun menjadi tahap yg rendah. Doktor akan mencadangkan pengambilan makanan yang kaya dgn potassium seperti pisang dan jus oren, atau mencadangkan pengambil pil suplemen potassium. 

15. Ubat ini *mungkin menyebabkan kulit menjadi sensitif* pada bahan kimia dan radiasi cahaya matahari jika mengambilnya pada masa yang agak lama. 

 16. Ubat ini tidak sesuai diberikan pada wanita yang hamil atau wargamas yang tidak dapat bergerak dengan mudah tanpa bantuan. 

 17. Buatlah pemeriksaan doktor terutama tekanan darah, degupan jantung dan tahap potassium dalam darah. 

 18. Tujuan penulisan ini bukan bermakna untuk meninggalkan atau menghentikan ubat tanpa konsultasi doktor. Ia bertujuan untuk mendidik pesakit agar lebih faham kenapa mereka mengambil ubat, apa yang bakal terjadi jika mereka tidak mengambil ubat, faham kesan sampingan ubat dan kesan pengambilan yang berterusan. Jadi mereka faham tujuan dan kesan sintetik ini. Semoga bermanfaat. 

 #HealthDrZubaidi 

No comments:

Post a Comment

Followers