Thursday, June 4, 2020

Puasa Sunat Hari Putih

Syoknya Puasa Syawal 🌙


1441 Hijriah : Boleh plan Puasa 6 Syawal + Puasa Hari Putih

13 Syawal - Jumaat
14 Syawal - Sabtu
15 Syawal - Ahad

📚 PUASA SUNAT HARI-HARI PUTIH ATAU 3 HARI SETIAP BULAN

▫Dari Abdullah bin 'Amr ; Rasulullah saw bersabda : "Puasalah tiga hari dari setiap bulan. Sesungguhnya amal kebajikan itu ganjarannya 10 kali ganda, seolah-olah ia seperti berpuasa sepanjang masa."
[HR Bukhari, Muslim, Abu Daud dan An-Nasaei]

▫Abu Zar al-Ghifari ra mengatakan :
"Rasulullah saw memerintahkan kami agar berpuasa sebanyak 3 hari pada setiap bulan, iaitu apa yang dinamakan dengan hari putih bermula tarikh ke 13, 14 dan 15. Beliau bersabda : '(Jika berpuasa ketiga-tiga hari tersebut) sama seperti berpuasa sepanjang tahun."
[HR An-Nasaei dan disahihkan oleh Ibn Hibban]

▫Hadis Abu Hurairah ra bahawa beliau berkata :
"Teman setiaku Rasulullah saw memberi wasiat kepada ku untuk berpuasa tiga hari dalam setiap bulan, mengerjakan solat dua rakaat dhuha dan aku mengerjakan solat witir sebelum aku tidur."
[HR Bukhari 1180]

📒 APA MAKSUD HARI PUTIH?

▫Disebut sebagai 'Hari-hari putih' kerana malam-malam yang terdapat pada hari tersebut bulan bersinar putih dan terang benderang. Bagai bulan purnama.
[Fathulbari 4/226]

📘 CARA NIAT

"Aku niat puasa sunat hari putih kerana Allah Taala"

📙 RASULULLAH SAW TIDAK PERNAH MENINGGALKAN PUASA HARI-HARI PUTIH

▫Ibnu Abbas ra bahawa beliau berkata :
"Adalah Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan puasa pada hari-hari putih, baik di waktu musafir maupun di saat Mukim."
[HR At-Tabrani disahihkan oleh al-Albani dalam Sohihul Jami']

📗 BERPUASA 3 HARI SETIAP BULAN

▫Puasa hari-hari putih tidak semestinya pada tanggal 13,14 dan 15 bulan Hijriyah. Asalkan puasa 3 hari dalam sebulan dan tidak semestinya berturut-turut.

▫Diriwayatkan oleh Aisyah ra bahawa beliau ditanya oleh Mua'az Al-Adawiyah apakah Rasulullah saw sentiasa berpuasa tiga hari dalam setiap bulan? Maka beliau menjawab ; ia. Lalu ditanya lagi ; pada hari yang mana dari bulan tersebut? Beliau menjawab ; Beliau tidak peduli di hari yang mana dari bulan tersebut ia berpuasa."
[HR Muslim 1160]

▫Dr Yusuf al-Qardhawi dalam Fiqh Puasa berpendapat ; perbezaan hadis dalam menetapkan hari-hari puasa putih menunjukkan adanya toleransi. Setiap muslim boleh sahaja puasa di awal bulan, tengah bulan, akhir bulan, sesuai dengan kemudahan dan kesempatan yang ia miliki.

▫Saidina Umar al-Khattab, Ibnu Mas'ud, Abu Dzar dan Ulamak-Ulamak mazhab Syafei memilih berpuasa pada 13,14 dan 15.

▫Imam Malik memilih puasa hari 1, 10 dan 20 setiap bulan.

▫Namun yang lebih AFDHAL puasa hari-hari putih kata Imam Nawawi ialah pada 13,14 dan 15 secara berturut-turut.

Wallahua'lam.

#PuasaHariPutih

No comments:

Post a Comment

Followers