Tuesday, March 31, 2020

Nasi Lemak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Rasanya sepanjang PKP ni banyak kali kulihat kawan2 post menu ini. Untuk kami pula sudah kali kedua.

Saja nak share resepi nasi lemak yang dr dulu kubuat beginilah caranya dan aku akan olah ikut kesusaian bahan yg ada masa nak masak. Di ajar oleh kakakku indirectly sbb masa aku form 4, dia baru mula berniaga dan aku antara ejen nasi lemak dia la. Bawak jual kat kawan kat sekolah.

Nasi lemak versi aku ini memang kegemaran anak2. Masak sikit tak cukup, masak banyak pun tetap habis juga. Alhamdulillah.



Bahan2

Nasi
Beras 4 pot - dibasuh bersih
Halia sebesar ibu jari - hiris
Santan - 1 kotak kecil
Garam 3 sudu teh
Air- 5 kotak santan tadi
Daun pandan

Sambal
5 sudu makan cili kering kisar
15 biji bwg kecil*
3 ulas bwg putih*
1 mangkuk kecil ikan bilis (direndam dahulu)*
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan gula
1 sudu teh maggie cukup rasa
1/2 inci belacan
2 mangkuk sederhana air

*tumbuk

Sampingan
6 biji telur - direbus
1 mangkuk kecil ikan bilis - goreng
1 biji timun - potong kecil

Cara

Nasi
1. Basuh beras sehingga bersih. Masukkan semua bahan dan gaul sehingga rata dan bolehlah dimasak.

Sambal
2. Baki minyak untuk ikan bilis goreng tadi boleh terus digunakan untuk menumis sambal. Panaskan minyak.
3. Masukkan bawang yang ditumbuk, tumis sehingga garing sebelum memasukkan ikan bilis tumbuk pula.
4. Apabila ikan bilis sudah garing masukkan cili kisar dan belacan. Kacau sebati. Apabila cili sudah mula berbuih, masukkan semangkuk air dahulu. Kacau sebati dan biarkan sekejap.
5. Apabila sudah agak kering, masukkan lagi semangkuk air. Tunggu sekejap sehingga cili berbuih, masukkan maggie cukup rasa, sos dan gula. Kacau rata.
6. Warna sambal akan bertukar kepada lebih gelap kerana gula tadi. Kecilkan api, tunggu sehingga pecah minyak dan boleh ditutup api.
7. Sedia dihidangkan bersama nasi dan bahan sampingan tadi.


No comments:

Post a Comment

Followers