Wednesday, March 25, 2020
Flatten The Curve
Apa maksudnya “Flattening the curve?”
Kita melambatkan jangkitan virus merebak. Tujuannya ialah supaya jumlah orang yang dijangkiti virus dengan penyakit COVID-19 yang teruk TIDAK melebihi keupayaan Hospital dan pengamal kesihatan Malaysia memberi rawatan.
Kadar kematian di lain-lain negara yang disebabkan penyakit COVID-19 bergantung kepada taraf kesihatan masyarakat pada permulaannya sekali dan juga taraf perkhidmatan kesihatan yang terdapat di negara tersebut.
Ramai orang tanya kenapakah di negara Itali yang mempunyai jumlah penduduk 60 juta ada lebih kematian COVID-19 dari di negara China yang mempunyai populasi 1.3 billion?
Jawapannya ialah kerana negara China “Flattened the curve”
Apa negara China buat? Mereka lockdown Wuhan yang penduduknya 10 juta dan tidak membenarkan jangkitan virus merebak dengan cepat ke seluruh negara China yang mempunyai penduduk 1.3 billion orang. Lockdown bermakna tidak membenarkan penduduk Wuhan keluar rumah, tidak membenarkan orang dari luar masuk ke Wuhan dan semua perniagaan di tutup sebagai kaedah jarak sosial yang berkesan. Lockdown itu lebih dahsyat lagi dari Perintah Kawalan Pergerakan. Dengan cara ini, doktor-doktor di bahagian lain negara China boleh datang memberi bantuan kepada Wuhan. Mereka membina Hospital baru dengan cepat. Mereka dapat menumpukan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat Wuhan yang penduduknya 10 juta. Jika TIADA lockdown ini, jumlah yang dijangkiti virus sudah pun berjuta-juta, dan perkhidmatan kesihatan akan gagal membantu terlalu ramai pesakit dalam satu masa serentak, maka kadar Kematian menjadi jauh lebih tinggi.
Sebagai contoh, jika 1200 orang di Malaysia perlukan bantuan pernafasan serentak, tetapi di Malaysia hanya ada 1000 ventilator, maka 200 orang yang tidak dapat bantuan ini tidak diberikan peluang untuk diselamatkan, maka jumlah kematian meningkat jauh lebih tinggi.
Jika kita flatten the curve, melambatkan jangkitan merebak dalam masa lebih lama, iaitu, berminggu bukan berhari, maka walaupun 1200 orang perlukan bantuan pernafasan, mereka semua akan dapat bantuan ini jika jumlah yang dijangkiti merebak dengan lebih perlahan dan tidak perlukan bantuan dengan serentak.
Dengan kata lain, kita sekat virus ini buat rekrut MLM dengan cepat. Kita asingkan mereka supaya kemajuan MLM mereka dilambatkan. Kita sekat mereka membuat perhimpunan dan party MLM menambahkan ahli dengan cepat.
Duduk di rumah, supaya kami boleh membantu anda.
Sekiranya masyarakat tidak mengikut nasihat ini, Perintah Kawalan Pergerakan mungkin mesti diteruskan melebihi 2 minggu, supaya kita berjaya ‘Flatten the curve’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment