Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat pagi.
Alhamdulillah pada 27 Mei yg lepas, telah diadakan sambutan Hari Guru Peringkat SK Damansara Damai 1.
Bertemakan Kesultanan Melayu.
Pengalaman baru buatku, menyambut Hari Guru di tempat baru. Almaklum sebelum ini aku sudah selesa benar di Sk Bandar Sri Damansara 1.
Untuk makluman anda, sekolah baru ini mempunyai bilangan murid yang sangat ramai. Bayangkan tahun satu sahaja sudah punyai 9 kelas. Purata satu kelas 40 orang. Haaa. Ramaikan?
So, berdasarkan pengalaman guru2 lama di situ, sebagai guru kelas tahap satu terutama Tahun 1, sambutan Hari Guru tak berapa nak di sambut sebenarnya. Sebab, kami tetap perlu bertugas.
Sebetulnya yang aku rasa sangat macam dirai adalah sebelum budak rehat dan selepas budak balik. Mau taknya, masa budak rehat kami kena entertain depa kat kelas.
Mana maunya lepas depa kat kantin dgn semua murid. Mau benyek anak2 kesayangan dgn abg kakak yg lebih besar. Hihi.
Lihatlah. Pada sambutan hari guru pun, hari sepatutnya cikgu dirai, masih guru bertugas.
Tapi, aku suka. Aku suka menguruskan anak2. Pastikan mereka makan. Dapat cukup makanan.
Itu memang sudah sebati dalam diriku. Menjadi seorang guru. Hihi.
Perjalanan acara pagi:
1. Perarakan masuk guru2.
Ini adalah acara paling GRAND. Yang paling ditunggu-tunggu. Memang sgt happening dan menjadi. Thanks kepada Kelab Guru dan rakan2 guru kerana menjayakan acara ini.
2. Doa, ucapan, penyampaian hadiah.
Anugerah2 undian murid, pilihan pentadbir, pakaian tercantik dan pemenang pembuat kad uacapan Hari Guru. Ai dapat tempat ketiga. Alhamdulillah.
3. Sukaneka.
Tak dapat join, tgh entertain budak makan.
4. Makan.
Masa makan ni budak2 dah balik, so yahooo! Boleh makan dengan tenang. Tanpa memikirkan apa terjadi kat depa dah. Hidangannya adalah lauk2 kampung dgn segala ulam. Sangat sedap. Makan beramai2 kat dewan atas tikar. Sgt best2. Tq kepada penaja.
Ok dah abis cerita. Jom tengok gambar. Entah berapa keping muat update melalui fon ni ya.
Sampai jumpa lagi semua. Wassalam.
No comments:
Post a Comment