TAQARRUB KEPADA ALLAH
Taqarrub kepada Allah bermakna mendekatkan diri kepada Allah. Mengenali Pencipta, menjalankan perintahNya lalu mencari redha dan cuba menjadi orang yang paling dikasihiNya.
Itu madrasah yang disediakan untuk kita di bulan Ramadan – kerana tidak makan badan lebih mudah melakukan ibadah, suasana barakah yang menarik untuk terus menyembah dan perasaan untuk menjadi hamba yang lebih bertakwa, yang lebih pedulikan ummah.
Justeru saya terkejut apabila bercerita dengan sahabat-sahabat di G dan bertanya kenapa kita masih belum menang, mereka menjawab kerana kita belum cukup dekat dengan Allah.
Mereka menjawab, Ya Allah, ambillah lagi daripada nyawa anak-anak kami sehingga Engkau berpuas hati. Mereka menjawab, kita perlu memperkasakan lagi solat jemaah di masjid dan kelas-kelas Al-Quran kerana kerohanian penduduk kita masih di tahap membimbangkan.
Sedangkan di masjid-masjid mereka, setiap Maghrib ratusan anak-anak berkumpul setiap hari menghafal Al-Quran. Di sana setiap tahun belasan ribu huffaz baru dilahirkan. Hampir setiap rumah ada syuhada’ yang terkorban membuktikan mereka benar-benar menghayati erti pengorbanan.
Tetapi mereka masih mengganggap kemenangan tak dicapai kerana jauh dengan Tuhan.
Apa pula nasib kita, di mana posisi kita dengan Allah kalau pada hari ketiga Ramadan pun tubuh sudah malas digerakkan untuk solat Subuh berjemaah di masjid? Di mana tahap iman kita bila hari ketiga Ramadan pun sudah culas bertarawih kerana terlalu banyak menjamu selera dan leka bercerita?
Di mana tahap iman kita bila Al-Quran bukan saja nak dihafal, nak dibaca pun masih merangkak-rangkak dan saban tahun masih di tahap sama, tak berganjak?
Isu kita bukan kita tak bermuhasabah, tetapi kita tak sedar pun yang kita perlu bermuhasabah.
Sedang mereka, mereka terus bertaqarrub dengan apa yang ada, kerana mereka tahu peluang itu boleh ditarik pada bila-bila masa.
Video solat tarawih penduduk G di runtuhan masjid yang telah dibom penjajah.
Credit: Telegram Nadir Al-Nuri
Isu kita bukan kita tak bermuhasabah, tetapi kita tak sedar pun yang kita perlu bermuhasabah.
Sedang mereka, mereka terus bertaqarrub dengan apa yang ada, kerana mereka tahu peluang itu boleh ditarik pada bila-bila masa.
Video solat tarawih penduduk G di runtuhan masjid yang telah dibom penjajah.
Credit: Telegram Nadir Al-Nuri
No comments:
Post a Comment