Tuesday, April 28, 2020

Sibuk dengan makanan sahur dan berbuka...

Dikeheningan pagi yang syahdu.

Hati ini merintih sayu mengenangkan diri yang hina bakal menjadi makanan ulat suatu hari nanti.

Betapa diri ini selalu sibuk memikirkan keperluan jasad melebihi keperluan rohani.

Sedangkan jasad ini mungkin hanya bertahan beberapa tahun sahaja,paling lama 60-70 tahun umur kebanyakan manusia.

Sayangnya,kebanyakan dari kita selalu mengabaikan makanan ROHANI yang bakal menemani kita ke sana.

Setiap hari kita sibuk dengan apa juadah berbuka dan bersahur.

Kita sanggup bangun di tengah malam untuk bersahur (makanan jasmani) tetapi jarang sekali kita bangun bertahajjud (makanan rohani).

Kita sibuk menyiapkan urusan dunia bagi memenuhi tuntutan jasmani sampai sanggup kita melengahkan solat dan quraan (makanan rohani).

Kita sayang dan cintakan harta serta pangkat yang sementara sehingga kadang-kadang kita takut untuk berdekah (makanan rohani).

Bangunlah wahai saudaraku semua.

Bangunlah memenuhi tuntutan rohani yang ramai orang melupakannya.

Tunaikanlah solat Tahajjud 2,4,6,@8 rakaat sebelum memulakan sahur.

Jika kita tidak mampu mengajak keluarga ikut serta menunaikannya.

Cukuplah kita memulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu.

Tapi,

Alangkah indahnya tarbiah di bulan Ramadhan ini.

Sebelum atau selepas bersahur kita sekeluarga sama-sama melakukan nya.

Dibulan inilah adalah peluang terbaik kita mengajar anak-anak untuk melakukan solat Tahajud kerana mereka semua bangun bersahur.

Melaksanakan solat Tahajud tidak lama,paling kurang 5@10  minit sudah memadai.

Maka selepas itu,penuhilah semua tuntutan jasmani.

Saya mengajak bukan sebab saya baik,tapi saya ingin kita sama-sama menikmati indahnya bermunajat di sepertiga malam.

Masa yang tenang dan damai dari kesibukan urusan dunia.

Tahajjud pengambung hubungan kita dengan Allah pemilik seluruh Alam.

No comments:

Post a Comment

Followers