Tuesday, April 28, 2020

Sibuk dengan makanan sahur dan berbuka...

Dikeheningan pagi yang syahdu.

Hati ini merintih sayu mengenangkan diri yang hina bakal menjadi makanan ulat suatu hari nanti.

Betapa diri ini selalu sibuk memikirkan keperluan jasad melebihi keperluan rohani.

Sedangkan jasad ini mungkin hanya bertahan beberapa tahun sahaja,paling lama 60-70 tahun umur kebanyakan manusia.

Sayangnya,kebanyakan dari kita selalu mengabaikan makanan ROHANI yang bakal menemani kita ke sana.

Setiap hari kita sibuk dengan apa juadah berbuka dan bersahur.

Kita sanggup bangun di tengah malam untuk bersahur (makanan jasmani) tetapi jarang sekali kita bangun bertahajjud (makanan rohani).

Kita sibuk menyiapkan urusan dunia bagi memenuhi tuntutan jasmani sampai sanggup kita melengahkan solat dan quraan (makanan rohani).

Kita sayang dan cintakan harta serta pangkat yang sementara sehingga kadang-kadang kita takut untuk berdekah (makanan rohani).

Bangunlah wahai saudaraku semua.

Bangunlah memenuhi tuntutan rohani yang ramai orang melupakannya.

Tunaikanlah solat Tahajjud 2,4,6,@8 rakaat sebelum memulakan sahur.

Jika kita tidak mampu mengajak keluarga ikut serta menunaikannya.

Cukuplah kita memulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu.

Tapi,

Alangkah indahnya tarbiah di bulan Ramadhan ini.

Sebelum atau selepas bersahur kita sekeluarga sama-sama melakukan nya.

Dibulan inilah adalah peluang terbaik kita mengajar anak-anak untuk melakukan solat Tahajud kerana mereka semua bangun bersahur.

Melaksanakan solat Tahajud tidak lama,paling kurang 5@10  minit sudah memadai.

Maka selepas itu,penuhilah semua tuntutan jasmani.

Saya mengajak bukan sebab saya baik,tapi saya ingin kita sama-sama menikmati indahnya bermunajat di sepertiga malam.

Masa yang tenang dan damai dari kesibukan urusan dunia.

Tahajjud pengambung hubungan kita dengan Allah pemilik seluruh Alam.

Wednesday, April 8, 2020

Pintu Langit Terbuka, Doa Termakbul. Jangan Lepaskan Peluang Untuk Minta Segala Hajat Kita Di Malam Nisfu Syaba

Pada 8 April bersamaan 14 syaban malam di mana yang di panggil Nisfu Syaban. Luangkan masa kita bersama keluarga dengan menghayati malam nisfu syaban ini agar seluruh umatNya dihindari virus yang menular.

Nisfu syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15. Malam Nisfu Syaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Malam Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Doa Dimakbulkan Antara Keistimewaan

Banyak kelebihan malam nisfu syaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Berikut adalah beberapa hadis yang menceritakan kelebihan malam nisfu syaban yang dipetik dari laman Mufti Wilayah Persekutuan

Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhlk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]

2. Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إنَّ اللهَ تعالى يَنْزِلُ ليلةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا ، فيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كلبٍ

Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkansebanyak bilangan bulu kambing pengawal”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 670] Al-‘Aini mengatakan hukum hadith ini adalah munqathi’. [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 11:116]

3. Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ اطَّلَعَ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فَيَغْفِرُ لِلْمُؤْمِنِ، وَيُمْلِي لِلْكَافِرِينَ، وَيَدَعُ أَهْلَ الْحِقْدِ بِحِقْدِهِمْ حَتَّى يَدَعُوهُ

“Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”. [Syu’ab al-Iman, no. Hadith 3551] Ibn Jauzi mengatakan bahawa hukum hadith ini adalah tidak sahih. [Lihat: al-‘Ilal al-Mutanihiyah, 2:560]

4. Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يَطَّلِعُ اللهُ عزَّ وجلَّ إلى خَلْقِهِ ليلَةَ النِّصفِ مِنْ شَعْبَانَ ، فيَغْفِرُ لِعبادِهِ إِلَّا لِاثْنَيْنِ مُشَاحِنٍ ، وقَاتِلِ نَفْسٍ

Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 6353] Ibn Hajar mengatakan sanadnya layyin (salah satu daripada ciri hadith dhaif). [Lihat: al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, 2:43] Manakala Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih [Lihat: Musnad Ahmad, 10:127]

5. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Apabial tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]

Amalan Pada Malam Nisfu Syaban

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu SyaTetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.

Solat Sunat Nisfu Syaban

Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat sunat mutlak, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan Solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.

Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban:

Lafaz niat:


Usolli sunnata lailati nisfi sya’bana rak’ataini lillahi taala

Maksud:

Sahaja aku solat sunat malam nisfu Syaban dua rakaat kerana Allah Taala

Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.

Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.

Teruskan solat sehingga selesai. Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin 3 kali.

Membaca Surah Yasin Sebanyak 3 Kali

Selepas selesai melakukan solat sunat, bacalah surah Yasin tiga kali. Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak dengan niat supaya:

Allah memanjangkan umur serta dapat beribadat

Menambah rezeki

Ditetapkan dan meningkatkan iman.

Doa Nisfu Syaban

Selepas selesai membaca Yasin, bacalah doa nisfu syaban.Antara doa malam nisfu syaban yang boleh dibaca adalah seperti berikut:


Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan sekalian keluarganya serta sahabat baginda.

Ya Allah pemilik (semuanya) baik anugerah dan yang tidak dianugerahi, wahai yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai yang memiliki kurnia dan kenikmatan, tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkaulah tempat berlindung,tempat memohon pertolongan dan pengaman bagi orang yang ketakutan.

Ya Allah, jika Engkau telah menulis di dalam Ummul Kitab nasib kami sebagai orang yang sengsara, atau yang diharamkan mendapatkan kenikmatan, atau yang ditolak, atau yang disempitkan rezekinya, maka demi kemuliaan-Mu ya Allah, hapuskanlah kesengsaraan kami, keterhalangan kami dari nikmat, ketertolakan dan kesempitan rezeki kami.

Dan tetapkanlah di dalam Ummul Kitab yang ada di sisi-Mu, kami sebagai orang yang bahagia, mendapat rezeki, mendapat taufik untuk melakukan kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah berfirman dengan firmanMu yang hak di dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Nabi utusanMu, “Allah (berkuasa untuk) menghapus dan menetap yang dikehendakiNya dan di sisiNya Ummul Kitab.”

Ya Allah, dengan tajalli-Mu yang Maha Agung pada malam nisfu syaban yang mulia ini, yang di dalamnya dipisahkan dan dikukuhkan seluruh persoalan penting, kami mohon agar dihindarkan dari malapetaka yang kami ketahui ataupun yang tidak kami ketahui dan Engkau Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Maha Mulia.

Semoga salam dan sejahtera dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Segala puji bagiMu ya Allah, Tuhan pemelihara Alam.

Hidupkan malam Nisfu Syaban dengan ibadah

Berikut adalah beberapa pendapat ulama’ berkaitan malam nisfu Sya’ban:

Telah berkata Imam al-Syafie RA:

Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”.

— Lihat: al-Um, 1:264

Ibnu Rajab RA mengatakan:

Berkaitan malam nisfu Sya’ban, pada zaman dahulu para tabi’in daripada penduduk al-Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa para tabi’in yang lain memuliakannya (malam tersebut) dan mereka bersungguh-sungguh beribadah pada malam itu”.

— Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 247

Oleh itu, hidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti solat sunat tasbih, baca al-Quran, berzikir, selawat, dan berdoa dengan niat:

Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.

Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.

Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.

Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

Pendapat Ulama

Kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum. Terpulanglah kepada kita yang mana dirasakan lebih baik

Walau bagaimana pun, jangan diiktikadkan bahawa malam tertentu sahaja dianjurkan beramal seperti membaca al-Quran dan sebagainya, tetapi boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dibaca Yasin 3 kali.

Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..

Jika Engkau takdirkan panjang usiaku

Tetapkanlah aku di jalanMu

Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu

Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.

Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.

Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…

Amin

Followers