1 . MULAKAN DENGAN MINUMAN
Air adalah keperluan wajib kita setiap hari. Kalau tak minum pasti rasa haus. TAPI jangan minum air manis. Bila minum di rumah, tak payah letak gula. Bila minum di luar, jangan order air manis.
2 . GANTIKAN DENGAN AIR BERPERISA TANPA GULA
Biasakan diri dengan air tanpa gula, contohnya seperti teh hijau. Sedap sebenarnya, cuma ramai yang tak biasa.
Selain teh hijau, boleh perisakan air dengan buah-buahan supaya air lebih wangi dan menyelerakan.
3 . KURANGKAN GULA DALAM MASAKAN
Yang best bila masak sendiri ni, kita boleh tentukan berapa banyak gula yang kita nak guna. Jadi sedaya upaya kurangkan gula dalam masakan. Kalau boleh elakkan gula langsung lebih baik. Seminggu 2-3 kali je pilih lauk bergula pun dah okay.
4 . GANTIKAN MANISAN DENGAN BUAH-BUAHAN
Gunakan buah-buahan untuk ganti manisan
Jika anda teringin sangat nak jamah sesuatu yang manis, boleh jamah buah-buahan. Kalori dalam buah lebih selamat berbanding dengan gula. Tapi janganlah makan buah aje sehari suntuk ya, anda tetap perlukan protein dan lemak baik dalam diet seharian.
5 . PILIH PRODUK YANG KURANG ATAU TIADA GULA
Kalau memilih barangan di supermarket seperti jem roti, yogurt, peanut butter, dan pelbagai makanan, pastikan ianya kurang gula. Kalau tiada gula lebih baik. Jadi sebelum membeli, baca dulu nutrition facts yang tertera pada produk makanan.
|
No comments:
Post a Comment