Assalamualaikum, dah lama rasa tak menulis di blog. Malam ini, mood sampai pula. Sambil2 tunggu orang sakit. Hihihi.
Inilah sedikit catatan, penyakit berjangkit chicken pox. Sedikit makluman ya, chicken pox adalah berbeza dari demam campak/cacar ya. Marah doktor bila kita salah sebut. Amfunnn tuan dokter. Saya hanyalah seorang guru cabuk. Hehehe.
Ok sebelum apa2. Letak gambar ubat dulu. Namanya Acyclovir Stada. G la cari ya. Kesian anak2 kalau lambat baik. Harga RM20 hingga RM25 untuk 5g.
Ubat mujarab untuk chicken pox - Acyclovir Stada
Ok, ini untuk yang rajin baca, boleh teruskan. Hihihi.
Malam Jumaat iaitu pada 1 Ogos 2019, Firuz mengadu lehernya sakit dan pedih. Bila aku periksa, nampak satuk bintik merah di lehernya.
Terus aku maklumkan Krz. Krz bgtau esok kita akan ke klinik terus. Bimbang penyakit yang lebih teruk kan.
Esok pagi lepas settle Aisya n Rafiq, Krz terus bawa kami ke klinik. Masa ni Firuz demam. Alkisah doktor sekali tengok terus bagitau chicken pox.
Doktor terus tuliskan nama cream ni pada sekeping kertas selepas menceritakan kebetulan anaknya baru sembuh dari chicken pox juga. Katanya jika guna calamine lotion pum boleh tetapi tak dapat mengurangkan kegatalan.
Bila dengar kata2 doktor ni memang terkenang habis la memori Fatin dan Rafiq kena chicken pox ni. Lama benar nak sembuhnya. 2 minggu pun tak cukup. Memang habis cuti la kami. Masa tu belum ada cuti kuarantin lagi. Memang masa tu guna calamine lotion ja.
Bila dah tau chicken pox terus bgtau Firuz, kalau gatal tak boleh garu. Kena tahan. Nanti ada kesan tak cantik di muka dan badan. Kalau tak tahan sangat, ambil kain atau tisu untuk gosok. So Firuz sangat patuh. Dia akur. Sagu tube cream tu bertahan selama 2 minggu. Dan Aisya pun semlat pakai 2 kali. Sebab bilangan bintik yang keluar sedikit sahaja.
KHAMIS, 15 Ogos 2019 aku ternampak sebiji bintik merah di antara pangkal leher dan bahu Aisya. Macam biasa maklum Krz, tapi tak sempat nak ke klinik pagi Jumaat sebab Krz ada kerja. Tangguh nak pegi hari ni, Isnin 19 Ogos 2019. Lagipun baki cream Firuz masih ada.
Tapi yang menjadi masalahnya. Aisya tak tahan gatal. Dia akan garu. Aku tegur jangan garu, dan pesan macam pesan pada Firuz, tak jadi. Siap aku kena sound balik, nyamuklah. Hihihi.
So ubat tu tak cukup. Sebab cepat betul naik yang baru. Sabtu aku tak boleh keluar dan Krz tak sempat beli. Ahad baru dapat. Aku beli 2 tiub terus sebab dah terlmapau banyak bintik yang keluar.
Lepas mandi dan sapukan krim, terus nampak perubahan pengecutan dan tiada lagi pembelonan bintik2 merah di badan Aiysa.
Malam sebelum tidur sapukan sekali lagi. Masalahnya bila banyak tak terkata macam Aisya ni, 2 kali sapu pun dah habis. T_T
Ok petang semalam belikan air kelapa bg minum. Jadi tak makan ubat gatal. Alah guna ubat selesema ja yang mengantuk tu. Sebelum ini, takde air kelapa memang bagi ubat gatal tu 2.4ml je sekali minum.
Tapi garu tetap garu apatah lagi tengah tidur. So ni aku tak tidur la dok pantau dia. Dari tak balut tangan ke balut tangan, tetap menggaru. Ikhtiar terakhir pakaikan sarung tangan ice skating Fatin Rafiq kecik2. Harap dapat kurangkan pertumbuhan bintik2 baru.
Ok nanti kalau rajin ku update lagi. Belum solat n mau titon dah. Maaf salah silap ya. Saja share kot2 berguna. Sebab kesian tgk budak2 kecik sakit.
Wassalam. Sampai jumpa.
A. O
No comments:
Post a Comment