Tuesday, August 27, 2019

Doa hari Selasa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa Hari Selasa

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Segala pujian bagi Allah pemerintah sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw., para ambia, kaum kerabat, para sahabat, muslimin dan muslimat.       
                               
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami, beri lah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat denganMu  Ya Allah.

Ya Allah, didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami dalam agama Mu, kurniakanlah kepada kami petunjuk, bimbingan dan kasihMu, berilah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.

Ya Allah Engkau pimpinlah kami ke arah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta mendapat keredhaanMu.

Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui.

Ya Allah, kurnikanlah kami keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketenteraman, keberhasilan dan kesejahteraan. Begitu juga kami mohon untuk keluarga kami dan sahabat2 kami.

Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezeki kami dengan rezeki yang baik dan halal.

Ya Allah sihatkanlah badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat kami.

Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.
 
Ya Allah kami memohon Ya Allah kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu.

Ya Allah Ya Ghaffar Ya Mutakabbir
Ampunkanlah segala dosa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Maha Suci Allah, pujian bagi Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya, kecuali Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, yang memiliki kerajaan langit dan bumi dan antara keduanya.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين

Saturday, August 24, 2019

Lalai

Salam dhuha
Salam sayang
Salam menjemput rezeki..
Salam kemaafan drpd saya..
Dengar di Radio IKIM... Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI.  Mula² Ustaz kongsi tanda² LALAI.

Tanda2 LALAI antaranya:
1.   Kurang membaca Al Quran
2.   Kurang berzikir
3.   Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah:
       -  Tidak fokus,
       -   Sering terlupa bilangan rakaat,
       -   Melewatkan solat,
       -   Kurang solat jemaah.
4.   Banyak membuang masa utk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv.
5.   Kurang @ malas berdoa.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.   Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress.
7.   Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8.   Tak berhati² dgn perkara yg syubhah & haram.
9.    Tangguh utk bertaubat.
10.  Malu utk belajar agama.
11.  Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

Ada juga Ustaz sebut:
 _Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak' kita dgn Al-Quran._

Pesan Ustaz:
_Beli Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca)_

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI:
1.  Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
2.  'Bunuh' kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.
3.  Hilang fokus dlm hidup.
4.  Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Sebab-Sebab LALAI:
1.  Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2.  Berkawan dgn org² yg lalai.
3.  Berada dlm persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4.  Tidak berzikir.
5.  Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem Yg melalaikan dll.

Cara² mengatasi LALAI:

1.    Cari sahabat yg baik & soleh.
2.    Hadiri majlis ilmu.
3.    Bangun malam utk  solat tahajjud.
4.    Banyakkan zikir & taubat.
5.    Rajin baca quran.
6.    Bersangka baik pd org lain.
7.    Pemaaf.
8.    Ingat mati.
9.    Kurangkan makan.
10.  Amalkan sunnah Nabi saw.
11.  Bersabar bersyukur & bertawakkal.

Silakan share.

Monday, August 19, 2019

Ubat mujarab untuk Chicken pox

Assalamualaikum, dah lama rasa tak menulis di blog. Malam ini, mood sampai pula. Sambil2 tunggu orang sakit. Hihihi. 

Inilah sedikit catatan, penyakit berjangkit chicken pox. Sedikit makluman ya, chicken pox adalah berbeza dari demam campak/cacar ya. Marah doktor bila kita salah sebut. Amfunnn tuan dokter. Saya hanyalah seorang guru cabuk. Hehehe.

Ok sebelum apa2. Letak gambar ubat dulu. Namanya Acyclovir Stada. G la cari ya. Kesian anak2 kalau lambat baik. Harga RM20 hingga RM25 untuk 5g.
Ubat mujarab untuk chicken pox - Acyclovir Stada

Ok, ini untuk yang rajin baca, boleh teruskan. Hihihi.

Malam Jumaat iaitu pada 1 Ogos 2019, Firuz mengadu lehernya sakit dan pedih. Bila aku periksa, nampak satuk bintik merah di lehernya.


Terus aku maklumkan Krz. Krz bgtau esok kita akan ke klinik terus. Bimbang penyakit yang lebih teruk kan.

Esok pagi lepas settle Aisya n Rafiq, Krz terus bawa kami ke klinik. Masa ni Firuz demam. Alkisah doktor sekali tengok terus bagitau chicken pox.

Doktor terus tuliskan nama cream ni pada sekeping kertas selepas menceritakan kebetulan anaknya baru sembuh dari chicken pox juga. Katanya jika guna calamine lotion pum boleh tetapi tak dapat mengurangkan kegatalan.

Bila dengar kata2 doktor ni memang terkenang habis la memori Fatin dan Rafiq kena chicken pox ni. Lama benar nak sembuhnya. 2 minggu pun tak cukup. Memang habis cuti la kami. Masa tu belum ada cuti kuarantin lagi. Memang masa tu guna calamine lotion ja.

Bila dah tau chicken pox terus bgtau Firuz, kalau gatal tak boleh garu. Kena tahan. Nanti ada kesan tak cantik di muka dan badan. Kalau tak tahan sangat, ambil kain atau tisu untuk gosok. So Firuz sangat patuh. Dia akur. Sagu tube cream tu bertahan selama 2 minggu. Dan Aisya pun semlat pakai 2 kali. Sebab bilangan bintik yang keluar sedikit sahaja.

KHAMIS, 15 Ogos 2019 aku ternampak sebiji bintik merah di antara pangkal leher dan bahu Aisya. Macam biasa maklum Krz, tapi tak sempat nak ke klinik pagi Jumaat sebab Krz ada kerja. Tangguh nak pegi hari ni, Isnin 19 Ogos 2019. Lagipun baki cream Firuz masih ada. 

Tapi yang menjadi masalahnya. Aisya tak tahan gatal. Dia akan garu. Aku tegur jangan garu, dan pesan macam pesan pada Firuz, tak jadi. Siap aku kena sound balik, nyamuklah. Hihihi.



So ubat tu tak cukup. Sebab cepat betul naik yang baru. Sabtu aku tak boleh keluar dan Krz tak sempat beli. Ahad baru dapat. Aku beli 2 tiub terus sebab dah terlmapau banyak bintik yang keluar.

Lepas mandi dan sapukan krim, terus nampak perubahan pengecutan dan tiada lagi pembelonan bintik2 merah di badan Aiysa.

Malam sebelum tidur sapukan sekali lagi. Masalahnya bila banyak tak terkata macam Aisya ni, 2 kali sapu pun dah habis. T_T

Ok petang semalam belikan air kelapa bg minum. Jadi tak makan ubat gatal. Alah guna ubat selesema ja yang mengantuk tu. Sebelum ini, takde air kelapa memang bagi ubat gatal tu 2.4ml je sekali minum.

Tapi garu tetap garu apatah lagi tengah tidur. So ni aku tak tidur la dok pantau dia. Dari tak balut tangan ke balut tangan, tetap menggaru. Ikhtiar terakhir pakaikan sarung tangan ice skating Fatin Rafiq kecik2. Harap dapat kurangkan pertumbuhan bintik2 baru.


Ok nanti kalau rajin ku update lagi. Belum solat n mau titon dah. Maaf salah silap ya. Saja share kot2 berguna. Sebab kesian tgk budak2 kecik sakit.

Wassalam. Sampai jumpa. 
A. O

Riak

Artikel asal di kirim di medium Facebook pada 13 Ogos 2019.

Seminggu dua lepas riuh di fb kutuk che ta sebab dia kata dia pernah hidup susah. Gaji rm4k jerrrrrrr....
Hari ni pula saya nampak banyak sahabat2 fb share tentang "aliff syukri riak".
Puncanya sebab aliff syukri keluarkan satu kenyataan tentang dugaan hidupnya setelah berpindah ke rumah kampung 8 bilik yang agak sempit sementara menunggu mahligai impiannya siap.
8 bilik sempit lagi???
Riak tahap melangit mamat ni... betul tak?
Tapi tunggu dulu...
Jangan cepat sangat melatah.
Sebab kadang2 perkara yang sama juga berlaku kepada kita. Cuma dalam skala yang lebih kecil kerana kita tidak semampu che ta dan aliff syukri. Betul tak?
Dan percayalah, benda tu berlaku tanpa kita sedari pun....
Contohnya,
Kadang2 kita bercakap mcm ni...Saya tak berapa minat rumah tengah. Sempit. Nak buat majlis susah. Saya suka rumah tepi. Ada banyak ruang. Kita bercakap santai2 sahaja dan bukan bertujuan untuk mngguriskn hati sesiapa sbb itu skop kemampuan kita. Sahabat yang mendengar akan membuat konklusi sendiri. Riak gila minah ni. Tak syukur nikmat. Aku duduk rumah flat 2 bilik ok jer.. berapa kali ko nak buat majlis setahun? Allah tarik nikmat baru tau..
Contoh lain..
Proton ok jugaklah.. tp saya suka honda. Tahan lama. Harga tak jatuh. Rasa biasa2 sahaja kan perbualan itu? Sebab yang bercakap berada dalam zon mampu honda. Yang mendengar pula mungkin berada dalam zon yang jangankan proton, kancil tahun 2000 pun belum mampu untuk dimiliki akan berfikir riak sungguh engkau ni. Aku kalau dapat myvi pun dah melompat ke langit.
Contoh lebih kecil..
Hari tu saya beli tudung di pasar malam. Harga rm15. Cantik juga. Tapi saya ingat dapat gaji nanti nak beli tudung ariani lah. Ada promosi. Rm80 jer sehelai. Murah weiii. Harga asal hampir rm150 sehelai. Sedap pakai tudung tu..
Yang mendengar akan berfikir...
Rm80 murah???? Riak gila bila bercakap. Aku rm80 boleh beli 2 tin susu anak.
Contoh lebih kecil...
Jom minum kopi.
Kat mana?
Mana2.. zawara ke... stabuk ke.. gloria ke...
Tak naklah.. mahallah kat situ..
Ala.... rm10 jer secawan. Bukan nak minum sepuluh cawan...
Dalam hati..
Ko kaya bolehlah cakap rm10 tak mahal. Aku anak 5 nak kena bagi makan bongok!
Contoh lagi kecil...
Update kat fb.
Masak simple jer hari ni.
Ikan bakar.
Kari ikan masin.
Sambal telur jiran bagi.
(Memang betul dia masak simple pun. Sebab hari2 yang lain dia masak lebih hebat dari itu)
Tetapi yang melihat akan berfikir...
Simple atuk kau... aku dah seminggu makan nasi dengan telur mata!
Jadi status fb ni dia tanya
What's on your mind?
Dia tak tanya whats on your friend's mind?
Jadi orang tu share apa yang dia rasa dalam skop kemampuan dia.
Kita like mana yang baik.
Kalau rasa tak baik abaikan.
Jangan kutuk lebih2. Sebab nanti bila Allah izinkan kita berada kat level macam tu entah apa pula yang akan kita update kt fb.
Sebab seperti yang saya sebutkan tadi, benda yang sama pun kita pun buat tiap2 hari sekarang ni tanpa kita sedar dan tanpa secalit pun rasa nak riak dan sebagainya. Orang jer yang selalu salah tafsir. Betul tak.. 😊😊😊

-kita sama sahaja-

Terima kasih sbb sudi baca. 😊
Copy & Paste

Thursday, August 15, 2019

Sunat Puasa Hari Putih

PUASA SUNAT (HARI-HARI PUTIH)

Islam menganjurkan setiap pemeluknya untuk memperbanyak ibadah sunnah, salah satunya adalah puasa putih. Ibadah ini merupakan puasa sunnah yang dilakukan setiap tanggal 13, 14 dan 15 setiap bulan.Insya-Allah akan bermula pada hari esok hingga khamis,Jom kita bertekad dan berazam untuk melakukannya.

Apakah fadhilat berpuasa pada hari-hari putih?

Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan (ملحان) r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda;
“Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa” (Riwayat Imam Abu Daud).

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Abu Zarr r.a.;
“Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, maka berpuasalah pada hari ke 13, 14 dan 15”. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut beliau; hadis ini hasan soheh)

Sabda Nabi s.a.w.; 
“Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.). 

Abu Hurairah r.a. juga pernah menceritakan; 
“Temanku (yakni Rasulullah SAW) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara;
1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan.2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha.3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”.(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Kenapa dinamakan Hari Putih?

Hari-hari tersebut dinamakan sebagai “أيام البيض” (hari-hari putih) kerana pada malam-malamnya bulan mengambang dan cerah.

Jika kita tidak dapat puasa pada hari-hari yang pertengahan, tidak mengapa. Kita boleh sahaja memilih hari apa untuk kita berpuasa asalkan ia 3 hari dalam sebulan. (Khas untuk kaum hawa) Yang dimaksudkan puasa pada pertengahan bulan itu adalah hari yang afdhal kerana Nabi SAW sendiri yang melakukannya. Ikutkan lelaki lagi senang berpuasa pada hari-hari pertengahan ni. Maka beruntunglah wahai kaum Adam.

Rebutlah peluang selagi kita masih bernafas di muka bumi Allah ini.

Mohon share dan sebarkan...

Followers