Wednesday, January 2, 2019

NASIB KITA TAK SAMA

Setiap insan tidak akan sama untung nasibnya. Namun ALLAH menyuruh kita berusaha, berdoa, dan bertawakal. ALLAH itu sifatnya Maha Pengasih dan Maha Penyayang. ALLAH juga Maha memberi rezeki. Setiap ujian itu sesuai untuk masing-masing si empunya diri. Bukankah ALLAH itu Maha mengetahui akan setiap hamba-NYA?

Rezeki, musibah, mudarat dan anugerah yang diberikan kepada manusia merupakan tanda-tanda sayang dan kasih ALLAH kepada hamba-NYA. Perkara yang pasti ialah kita semua akan mati. Orang yang kita sayang, insan yang kita benci dan musuh kita, memarahi kita, mengherdik kita, bengang dengan kita, tidak suka dengan kemajuan kita, semua akan kembali menjadi tanah jua akhirnya.

Jadi mengapa menyelimuti diri dengan keluhan? Jangan bimbang, rezeki bukan datang daripada manusia, ALLAH penentu segalanya. jangan bersedih dan duka nestapa, setiap kepayahan dan kesukaran adalah ujian dari ALLAH. Akhirnya saat bahagia, gembira dan kemajuan akan menggantikan semua mehnah Dunia itu.

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih ramai yang menyayangimu di Dunia, tetapi gelisahlah apabila dibenci ALLAH kerana tiada lagi yang mengasihimu di Akhirat kelak. Akal yang cerdik adalah akal yang berteraskan kepada iman, yang menggunakan segenap ilmu bagi mencapai keredhaan ALLAH, sekalipun dibenci oleh kebanyakan orang.

“Tuhan amat dekat dengan hamba-NYA apabila dia sedang sujud”. (Riwayat Muslim Abu Dawud, Nasa’i).

No comments:

Post a Comment

Followers