Assalamualaikum.
Akhirnya tergerak hati nak menaip semula dalam blog. Alhamdulillah. Ada beberapa pencetus semangat ini. Semangat yang lama terhenti di blog Cerita Ceriti Aku atau nama asalnya Paparan Kehidupan 2 sebagai kesinambungan Paparan Kehidupan.
Banyak yang berlaku semuanya pengajaran untuk aku. Itulah liku-liku kehidupanku. Aku nak lupakan semua dan mulakan yang baru di blog ini. Doakan aku supaya bertabah hati.
Sebelum itu, aku nak minta maaf sekiranya akan ada ayat2 aku yang tak sopan dan menyakitkan hati pembaca. Sila tegur di ruangan komen, ok? Aku akan cuba perbaiki. Jadi selamat datang ke B.A.M. :-D
Nanti kita jumpa lagi ya. Ada panggilan yang perlu ku jawab. Assalamualaikum.
Nota: Kat bawah ni gambar aku dan pencetus semangat aku. Adik Amat yang kusayangi. Cepat sembuh dik. Amin.
No comments:
Post a Comment