Monday, February 19, 2024

JANGAN BERHENTI JADI BAIK


 


Allah 'Azza wa Jalla berfirman:


"Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah , nescaya dia akan melihat balasannya."


-QS. Az-Zalzalah: 7-


Kita tidak ditakdirkan untuk disukai oleh semua orang. Yang benci biarlah benci dengan alasannya sendiri, tidak perlu menyakinkan, sebab ia akan tetap yakin pada kebenciannya. Terserah mereka menilai apa tentangmu, tetaplah jadi orang baik.


#sedetikdakwah

#malaysiamadani

Tuesday, February 6, 2024

35 adab semasa berhadapan dengan ibubapa kita

 


Terjemahan dari bahasa Arab oleh pelajar alimah Madrasah An-Nuur, Kesang Laut, Tangkak Johor. (madrasahannuur.com)


1. Tutup hand phone ketika kehadiran mereka

2. Senyap untuk mendengar cerita mereka

3. Terima pendapat mereka

4. Memberi tindak balas terhadap cerita mereka

5. Bersemuka dengan mereka dalam keadaan merendah diri

6. Selalu memuji mereka

7. Kongsikan kepada mereka cerita yang menggembirakan

8. Tidak menyampaikan kepada mereka cerita yang buruk

9. Memuji kawan-kawan mereka Dan orang yang mereka sayang

10. Ingat jasa mereka

11. Merasa teruja terhadap cerita mereka walau sudah berulang-ulang kali

12. Tidak menyebut perkara yang menyakitkan yang telah berlalu

13. Elakkan perbualan yang berlebihan

14. Duduk sopan bersama mereka

15. Tidak meremehkan pendapat mereka

16. Tidak memotong percakapan mereka dan tidak meninggalkan mereka ketika mereka bercerita

17. Menghormati umur mereka Dan tidak membebankan mereka dengan cucu-cucu

18. Tidak menghukum anak (cucu mereka) di hadapan mereka

19. Terima sepenuhnya nasihat dan pendapat mereka

20. Memuliakan kehadiran mereka

21. Tidak meninggikan suara terhadap mereka

22. Tidak berjalan di hadapan mereka

23. Tidak makan sebelum mereka makan

24. Tidak merenung mereka (seolah2 ada yg pelik)

25. Berbangga dengan mereka walau pun mereka tidak layak untuk itu (untuk perkara yang di banggakan itu) 

26. Tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka Dan jgn memberi mereka sesuatu dari arah belakang

27. Tidak mencaci terhadap kemarahan mereka

28. Mendoakan untuk mereka setiap waktu

29. Tidak menzahirkan kepenatan Dan keletihan di hadapan mereka

30. Tidak mengetawakan atas kesalahan mereka

31. Menolong mereka sebelum mereka meminta 

32. Selalu menziarahi mereka dan tidak membuat mereka marah

33. Memilih perkataan yang baik ketika bersembang dengan mereka

34. Panggil mereka dengan gelaran yang mereka suka

35. Dahulukan mereka dari semua perkara dan orang lain. 


 *Ingatlah ibubapa ialah harta dibawah bumi, ditakuti mereka akan di kebumikan di bawah tanah. Baca dan kongsikan kepada sahabat2 untuk muhasabah diri sendiri serta panduan kepada anak cucu kita ketika berurusan dengan ibu bapa.


Ilmu mengenai Adab yg sering dilupai oleh generasi muda yg dibuai oleh arus hidup moden & terlalu kebaratan.

Monday, February 5, 2024

Asmauun Nabi Wahidd

Maksud: Yang pertama, yang terutama, yang teristimewa

1. Dilahirkan rasa gerun kepada musuh Islam

2. Dibenarkan solat di seluruh muka bumi

3. Dibenarkan makan haiwan2 yang dahulu yang tidak dihalalkan kepada org terdahulu

4. Dikurniakan syafaat (pertolongan) 

Syaratnya : 

a. Kena ada rasa mencintai nabi saw

b. Banyak berselawat kepada nabi saw

c. Amalkan sunnah2 nabi

5. Nabi saw merupakan satu2nya Nabi yg diutuskan kepada seluruh manusia (nabi sebelum ini hanya utk kaum2 tertentu sahaja) 


Followers