Thursday, February 23, 2023

Masak Lemak Sardin

 Bahan2

1 tin besar sardin - belah 2, buang tulang

100 ml santan - 1/2 kotak

100 ml air

2 sudu teh serbuk kunyit

1 inci halia

Garam

Perasa


Cara2

1. Masukkan santan dan air dalam kuali. Gunakan api perlahan sahaja supaya tidak pecah minyak. 

2. Apabila santan sudah cukup panas masukkan sardin, serbuk kunyit, halia, 3 sudu makan kuah sardin, garam dan perasa.

3. Sebatikan. Tutup api. Sedia dihidang. 

*boleh tambah ubi kentang juga. Goreng sebentar untuk percepatkan proses memasak. 

Followers