Tuesday, July 21, 2020

Kesalahan biasa ketika memakai pelitup separuh muka. (facemask)

Enam kesalahan yang kita sering lakukan ketika memakai pelitup muka. Pakai pelitup muka dengan betul di tempat awam terutama di tempat ramai orang yang tiada penjarakan sosial. Pelitup muka dapat melindungi diri anda dan orang lain.
Info grafik : WebMD

Sunday, July 12, 2020

Kalendar Kuda edited Cuti sekolah 2020

Kelawar seBesar Manusia!

Seram Pula Tengok Lama-Lama! 'Kelawar' Sebesar Manusia Itu Sebenarnya Ada Di Filipina Ni kalau nampak berterbangan, mau nak lari. Kelawar selalunya menjadi simbolisma mencetus ketakutan terutama sekali dalam filem seram. Sesiapa yang takut akan kelawar, kami mempunyai berita buruk buat anda semua, kelawar berukuran manusia sebenarnya ada! ni bukan gambar edit ye! kelawar berukuran manusia sebenarnya wujud di filipina Ada tweet baru-baru ini menjadi viral setelah seorang pengguna berkongsi beberapa foto kelawar raksasa sebenarnya wujud di Filipina. "Ingat tak bila aya bagitau anda bahawa Filipina mempunyai kelawar berukuran manusia? Ya, inilah yang saya bicarakan." Remember when I told y'all about the Philippines having human-sized bats? Yeah, this was what I was talking about pic.twitter.com/nTVIMzidbC — Alex☔ (@AlexJoestar622) June 24, 2020 Spesies kelawar berukuran manusia yang dikenali sebagai giant golden-crowned flying fox, berasal dari Filipina dengan lebar sayapa yang mencapai sehingga 1.7 meter. Cuba bayangkan tengah berjalan dalam kegelapan dan kelawar ini tiba-tiba terbang di atas anda. Mesti akan terfikir, adakah ini vampire. Tapi kenyataannya kelawar ini sebenarnya vegetarian. ni bukan gambar edit ye! kelawar berukuran manusia sebenarnya wujud di filipina ni bukan gambar edit ye! kelawar berukuran manusia sebenarnya wujud di filipina Walaupun kelawar ini kelihatan seram tetapi diet mereka kebanyakkannya adalah buah-buahan. Mereka juga menghabiskan hampir sepanjang hari dengan tidur kerana kelawar hanya aktif pada waktu malam. Namun, kelawar-kelawar ini adalah antara haiwan yang terancam disebabkan penebangan hutan, perburuan haram dan kelawar ini banyak hilang dari pulau-pulau di Filipina, walaupun ada undang-undang yang menjadikan perburuan spesies ini adalah haram. ni bukan gambar edit ye! kelawar berukuran manusia sebenarnya wujud di filipina Populasi spesies megabat ini dilaporkan menurun lebih dari 50% dari tahun 1986 hingga 2016 dengan habitat makanan dan tempat tinggal yang semakin kurang. Jadi anda takut tak kalau jumpa dengan kelawar gergasi ini? Sumber: Twitter

Monday, July 6, 2020

Bayi tercekik ~ cara menyelamatkan

Sedih teramat sangat apabila menonton Buletin TV3 tadi yang telah melaporkan kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia disebabkan tercekik biji rambutan. Kami mengucapkan takziah pada keluarga kanak-kanak tersebut. Sebenarnya baru saja semalam kami kongsikan satu artikel tentang jenis makanan yang boleh tercekik untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah di pautan berikut. https://www.facebook.com/1712327752390423/posts/2675171159439406/?d=n Artikel semalam adalah pencegahan sebelum berlaku. Bagaimana pula jika ianya berlaku juga? (Minta dijauhkan) Lakukan teknik Heimlich. Ianya teknik bantuan kecemasan yang membantu mengeluarkan objek yang tersekat. Kami kongsikan teknik Heimlich. Pastikan anda simpan dan share teknik ini untuk rujukan anda bila diperlukan. Ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa anak anda atau orang lain pada masa hadapan. Apapun mencegah lebih baik ye. Elakkan dari memberi makanan yang berisiko tinggi untuk tercekik.

Friday, July 3, 2020

Fibroid

Fibroid boleh menyebabkan pelbagai gejala datang bulan seperti pendarahan yang banyak, sakit yang teramat sangat, sembelit, perut membesar dan juga keguguran. Punca terjadinya fibroid adalah disebabkan hormon dan genetik. Jadi saya tak dapat cegah fibroid? Ya. Walaupun begitu, kajian menunjukkan beberapa faktor seperti gaya hidup dan pemakanan telah dikaitkan dengan terjadinya fibroid. Anda boleh mengamalkan petua dan pantang berikut untuk mengurangkan risiko daripada mendapat fibroid.

Petua Untuk Peroleh Zuriat

Beberapa hari lepas, bidadari saya bagitau yang anak mak angkatnya hamil selepas amalkan amalan yang dikongsikan oleh 'arifbillah Pak Su Mid. Sudah 7 tahun mereka menantikan detik ini. Alhamdulillah. Sebenarnya, bukan seorang dua yang maklumkan kami diizinkan hamil selepas amalkan amalan ni, bahkan kami sendiri amalkan ketika ikhtiar mendapatkan zuriat kedua. Sebab tu kami kongsikan supaya ramai dapat merasai detik manis ini Siapa tak gembira kan, dah bertahun-tahun menantikan kehadiran cahaya mata dalam keluarga, akhirnya dimakbulkan Allah. Di bawah ini saya kongsikan semula amalan tersebut. Semoga dapat memberi manfaat dan berita gembira buat kalian. Ikhtiar mendapatkan zuriat๐Ÿ‘ถ Sumber : al ‘arifbillah pak su mid Paling penting sebelum mula amalan perlulah bertaubat atas setiap dosa kerana Allah menangguhkan permintaan kita atas dosa2 dahulu. Amalan adalah seperti berikut: 1. Puasa 7 hari berturut-turut kemudian sebelum berbuka puasa baca pada air 21x "Ya-Musawwir", dan sebelum bersama pasangan baca 10x Ya-Musawwir. 2. Malam solat taubat, tahajjud, hajat 2 rakat, dan baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x berturut-turut pada setiap rakaat. 3. Lepas selesai solat malam, beri salam, dan baca Al-Fatihah 7x. Cara membaca 7x fatihah tersebut adalah apabila sampai pada ayat " I'yakanaqbuduwa I'ya qanastain (baca ayat-ayat pilihan ikut turutan) Kemudian sambung "Ihdinasiratalmustaqin.. " dan habiskan surah al-fatihah. Setiap satu fatihah tersebut hendaklah diselangi dengan bacaan ayat pilihan seperti dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป(1xfatihah untuk 1x ayat,fatihah ke 7 shj baca semua ayat dia bwah) 1- Surah Al-A'raf, ayat 23 2- Surah Al-Anbiya, ayat 83 3- Surah Al-Anbiya, ayat 87 (akhir ayat) 4- Surah An-Naml, ayat 19 5- Surah Al-Anbiya, ayat 89 6- Surah Al-Imran, ayat 38 7-Gabungkan semua ayat diatas. 4. Suami, hari Jumaat atau hari biasa, pergi ke masjid awal, buat solat tahyatul masjid, kemudian baca amalan seperti diatas setiap kali selepas solat tahiyatul masjid. 5. Buat berterusan.. Berdoa kepada Allah s.w.t dan tawakkal ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Insya Allah , semoga Allah kabulkan๐Ÿ˜Š

Thursday, July 2, 2020

Tiada orang bujang di syurga kelak

TIADA ORANG BUJANG DALAM SYURGA SOALAN : Kalau seorang Islam itu di dalam dunia tidak berkahwin dan dia hidup membujang sampai ke akhir hayat adakah di syurga nanti dia juga tidak akan berkahwin? JAWAPAN : Sesungguhnya di dalam syurga nanti setiap penghuninya akan memperolehi apa yang dia kehendaki maka begitu juga dengan pasangan. Setiap orang bujang yang masuk syurga akan berkahwin dengan pasangannya yang dia suka di dalam syurga. Firman Allah Taala : ุฌَู†َّุงุชُ ุนَุฏْู†ٍ ูŠَุฏْุฎُู„ُูˆู†َู‡َุง ุชَุฌْุฑِูŠ ู…ِู†ْ ุชَุญْุชِู‡َุง ุงู„ุฃู†ْู‡َุงุฑُ ู„َู‡ُู…ْ ูِูŠู‡َุง ู…َุง ูŠَุดَุงุกُูˆู†َ ูƒَุฐَู„ِูƒَ ูŠَุฌْุฒِูŠ ุงู„ู„َّู‡ُ ุงู„ْู…ُุชَّู‚ِูŠู†َ Artinya : “Segala kebun-kebun syurga ‘Adan itu semua orang beriman akan memasukinya. Syurga yang berlalu air di bawahnya dan di dalam syurga itu semua penghuninya memperolehi apa yang mereka kehendaki. Seperti inilah Allah membalas akan orang-orang yang bertaqwa.” (An-Nahl : 31) Maka jelas Allah memeberitahu pada ayat ini apa sahaja yang disukai oleh penghuni syurga akan mereka dapat termasuklah isteri atau suami. Setiap orang lelaki yang mati dalam keadaan bujang akan berkahwin di dalam syurga dan setiap perempuan yang bujang di dalam dunia akan berkahwin di dalam syurga. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya : ู‚ุงู„ ุฃَุจُูˆ ุงู„ْู‚َุงุณِู…ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ : ( ูˆَู…َุง ูِูŠ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ ุฃَุนْุฒَุจُ Artinya : “Telah bersabda oleh Rasulullah saw : Dan tidak ada di dalam syurga hidup membujang.” (Hadith Imam Muslim) Dan diriawayatkan dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda : ูˆَู„ِูƒُู„ِّ ูˆَุงุญِุฏٍ ู…ِู†ْู‡ُู…ْ ุฒَูˆْุฌَุชَุงู†ِ ، ูŠُุฑَู‰ ู…ُุฎُّ ุณَุงู‚ِู‡ِู…َุง ู…ِู†ْ ูˆَุฑَุงุกِ ุงู„ู„َّุญْู…ِ ، ู…ِู†َ ุงู„ْุญُุณْู†ِ Artinya : “Dan bagi setiap ahli syurga itu dua orang isteri yang dapat dilihat bahagian dalam betisnya dari luar daging daripada terlaku cantiknya.” (Hadith Imam Muslim) Maka terjawab sudah bahawa orang yang mati bujang di dunia ini akan berkahwin di dalam syurga nanti. Jika sekiranya di dalam dunia ini dia tidak ingin mempunyai pasangan sekalipun pasti di dalam syurga tidak akan ada lagi perasaan tersebut dan dia akan berkahwin kerana bujang itu adalah kekurangan dan kekurangan itu tidak akan ada di dalam syurga. KESIMPULAN Syurga adalah tempat bersuka dan berseronok yang Allah janjikan bagi orang-orang mukmin. Antara perkara yang menyeronokkan ialah memilik segala yang indah dan cantik sebagaimana hidup di dunia. Tidak ada seorang pun yang masuk syurga melainkan akan ingin mempunyai teman baginya menikmati keindahan syurga. Maka kerana itulah setiap ahli syurga akan mempunyai pasangan yang dengan pasangannya itu dia akan bersuka dan berseronok sepuas hati. Suami isteri di dalam dunia akan menjadi suami isteri di dalam akhirat. Orang yang bujang di dalam dunia akan mempunya isteri atau suami di dalam syurga. wallahua’lam ustaz azhar idrus

Wednesday, July 1, 2020

Punca Penat

"Terasa cepat penat betul kebelakangan ini. Tapi bukan buat apa sangat. Dah tidur lama dan cuti lama pun masih terasa penat. Bukan buat apa sangat pun. Kerja pun bukan berat sangat." Kata Kak Radia pada anda. Pernah dengar atau alami perkara di atas? Jika penat tersebut dapat diselesaikan dengan rehat dan tidur, ianya mungkin tiada masalah. Jika penat tersebut tidak hilang selepas tidur, ianya mungkin masalah kesihatan. Jom lihat 6 punca masalah kesihatan yang biasa menyebabkan kita penat. Ini hanya beberapa sahaja. Banyak lagi punca. Berbincang dengan doktor anda tau.

Followers