Friday, November 13, 2020

Ilmu untuk suami isteri menanti kelahiran anak pertama

 “Doktor, betul ke suami saya tak boleh masuk ke wad bersalin ni?”


Sambil saya periksa bayinya yang baru lahir, saya mengangguk. 


Sejak PKP bermula, wad bersalin dah tak terima pelawat. Suami, mak kandung atau mak mertua pun tak boleh masuk ke wad.


Nak hantar barang pada isteri pun hanya boleh disampaikan melalui pegawai keselamatan di setiap blok. 


Jadi saya nak kongsikan 5 perkara yang suami kena tahu tentang isteri selepas bersalin (Post Partum). 


✔️ Isteri akan kepenatan yang amat. Dia perlu baring, rehat dan tidur. Tenaga yang hilang perlu diganti semula untuk menyusu anak pula.


✔️ Buang air besar dan kecil kali pertama selepas bersalin tu akan jadi sakit pada isteri. Sakit tu sebab ada kawasan kemaluan dan serviks yang terluka. Boleh jadi juga sebab luka episiotomy.


✔️ Walaupun dah bersalin, isteri tetap rasa sakit pada perut. Sebabnya rahim akan mula mengecut. Rahim akan ambil masa sehingga 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal. Bukan terus kempis dalam masa sehari. 


✔️ Ada darah nifas atau dipanggil Lochia. 

• Berwarna merah selama 1-4 hari yang pertama. 

• Jika darah merah turun lebih dari seminggu atau ada ketulan darah, baik rujuk doktor sakit puan yang berdekatan. Risau dah ada jangkitan kuman.


✔️ Selepas bersalin, jangan pelik kalau emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba marah, tiba-tiba nak menangis. 

• Perkara ni boleh terjadi dalam masa 1-2 minggu selepas bersalin. 

• Suami wajib bagi sokongan, takut-takut melarat dan jadi Post Partum Depression.


Dalam wad, walaupun ada jururawat tapi tak sama bila suami tak ada. Sebab tu semasa berpantang, jagalah makan minum, rehat dan tidur isteri. 


Luka bersalin boleh pulih, tapi yang lebih bahaya ialah tekanan pada emosi isteri. 


Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada pasangan lain. Pada yang bakal menimang cahaya mata, saya doakan dimudahkan urusan kalian.


Jemput follow FB Redza Zainol supaya tak terlepas info kesihatan kanak-kanak menarik di wall saya.


Belajar lebih banyak ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak di Channel Telegram saya ➡️ https://t.me/NotaRedzaZainol

Monday, October 26, 2020

Wasiat Imam Syafie

 


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,


beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. 


Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:


"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."


PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat

persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL

PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.


KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI

NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.


KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA

SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.


KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Credit: Koleksi Short Note Ustaz Azhar Idrus

Friday, October 16, 2020

Sakit mata

Catatan 16 Oktober 2014

 Pagi ini sambil memandu terasa kegatalan yang amat sangat pada mata kiri saya. Tidak tertahan gatal, saya menanggalkan cermin mata dan melihat menggunakan cermin pandang belakang. Ada selaput berwarna hijau cair. Selepas menghantar anak ke sekolah saya mengambil peluang keluar sebentar untuk membeli 'ubat' untuk mata saya.

Sangat mudah sebagai langkah pencegahan. Sebelum ini saya dan keluarga berjaya mencegah dengan cara . Harap2 kali ini berhasil jua.


Langkah-langkah


1. Kenalpasti punca kegatalan atau kesakitan pada mata. Jika ada selaput hijau, boleh segera bertindak.

2. Dapatkan Eye Lotion with Eye Bath di kedai runcit. (Saya beli di 7-Eleven pada harga RM18.80)

3. Tuangkan Eye Lotion ikut sukatan dan lekapkan pada bahagian mata yang sakit. Pastikan rapat dan tiada ruang untuk tumpah.

4. Perlahan2 buka mata yang sakit itu dan rasakan kesejukan seolah2 mata anda mata tersejuk di dunia.

5. Goyangkan kepala. Gelengkan lagi sambil gerak2kan bola mata ke semua arah.

6. Setelah puas dan yakin Eye Lotion sudah mengenai semua bahagian, tanggalkan dengan berhati2.

7. Anda akan dapati selaput hijau telah terpindah ke dalam Eye Lotion tersebut.

8. Gunakan cermin periksa sekiranya terdapat saki baki selaput mata tertinggal.

9. Jika ada, ulangi langkah 4 hingga 8 menggunakan Eye Lotion yang sama.

10. Sebagai langkah pencegahan, anda boleh lakukan langkah ini pada mata yang tidak kena penyakit mata tetapi pastikan Eye Lotion yang digunakan adalah yang baru dan bekasnya juga bersih.








Friday, September 18, 2020

Akibat tidur di dalam kereta tanpa matikan enjin.

 *KERACUNAN GAS KARBON MONOKSIDA DALAM KERETA*




Setiap tahun ada saja kes kematian berlaku di dalam kereta. Selalunya mangsa terlalu penat memandu, atau mengantuk, lalu rehat dan tertidur di dalam kereta dengan enjin yang masih hidup. Cermin tidak diturunkan dan penghawa dingin dibuka. 


Kes-kes begini berlaku akibat *keracunan gas karbon monoksida* (formula kimianya adalah CO) yang masuk kedalam kereta ketika enjin kereta masih hidup.


Ada beberapa *punca bagaimana gas ini dapat memasuki ke dalam kereta*.


1. Terdapat *rongga-rongga pada badan kereta* sehingga menyebabkan gas ini masuk secara perlahan-lahan. 


2. *Masalah pada bahagian ekzos* yang menyebabkan lebih banyak gas ini dihasilkan.


Yang terbaharu kes di mana 4 sahabat dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas pergi ke Pulau Jerejak. Mereka singgah di stesen minyak untuk berehat sebelum ditemui tidak sedarkan diri.


Mereka disyaki mengalami keracunan gas karbon monoksida dari enjin kereta yang dihidupkan. 


*Gas karbon monoksida adalah gas yang tiada berbau, tiada warna dan sangat berbahaya jika dihidu*. 


Apabila gas karbon monoksida memasuki ke dalam darah melalui paru-paru, ia melekat pada haemoglobin dalam  sel darah merah. 

Ini *mengganggu pengangkutan oksigen yang dibawa dari paru-paru ke tisu dan organ lain dalam badan*.


Ini menyebabkan organ dan tisu dalam badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi.


*Tanda-tanda keracunan gas karbon monoksida* adalah:


1. Rasa sakit dan pening kepala

2. Rasa loya dan muntah

3. Rasa letih dan sukar bernafas

4. Pitam dan kemudian pengsan


Kita bimbang apabila seseorang yang tidur di dalam kereta dan mengalami keracunan gas ini, ia boleh menyebabkan kematian tanpa disedari.


Saya mencadangkan jika mahu berehat atau tidur di dalam kereta, carilah tempat yang lebih selamat. Contohnya di kawasan terang di R&R. 


Jika bersama keluarga, tidurlah secara bergilir. Atau ahli keluarga yang lain boleh ke bilik air atau makan dan minum dulu, sebelum datang semula ke kereta untuk mengejutkan pemandu yang sedang berehat dan tertidur.


Jika tidak dapat dielakkan apabila memandu berseorangan, cuba gunakan penggera masa untuk tidur antara 15-30 minit sahaja. Ini dapat mengelakkan dari tertidur lama dan terdedah pada gas ini yang mungkin masuk ke dalam kereta secara perlahan-lahan.


Semoga bermanfaat.


*#HealthDrZubaidi*

Lagi gambar kes terkini










Monday, September 14, 2020

WALI ALLAH TANPA NAMA DAN TANPA GELARAN




Suatu hari aku bertemu dengan orang gila (Al-majnuni Murokab) tak jauh dari makam seorang wali, Dia duk bercakap seperti sedang berbicara dengan seseorang, dia berbicara seperti ini:


" Andaikan mereka tahu bahwa ada wali "Tanpa nama tanpa gelaran" yang memiliki kemampuan seperti Wali Qutub , Nescaya mereka akan datang berbondong-bondong sekerap hari mencium tangan wali tanpa nama tanpa gelaran tersebut dan minta di do'akan hajatnya, jika Wali tanpa nama tanpa gelaran itu telah wafat Nescaya mereka akan berlama-lama diperkuburannya berdzikir, berdo'a dan bermuhasabah diri meminta ampun kepada ALLAH MAHA PENGAMPUN atas dosa-dosa mereka selama ini. Andaikan mereka tahu jika mereka sami'na wa athona kepada wali tanpa nama tanpa gelaran Nescaya ALLAH SWT akan angkat darjatnya, Namun sayang sekali kerana wali tersebut tanpa nama dan tanpa gelaran , Maka ia seringkali dilupakan dan diabaikan setiap orang".


Aku yang dengar percakapannya terkejut dan tergumam "hahhh??? Betulkah ada wali tanpa nama tanpa gelaran yang kemampuannya seperti Wali Qutub ? Siapakah wali tersebut?" persoalan ini berlegar di mindaku. 


Dengan sedikit rasa takut dan was-was aku dekati dia kerana ingin tahu siapa sebenarnya wali tanpa nama tanpa gelaran yang disebutkan ?


lalu terjadi dialog aku antara orang gila itu :


Aku : Maaf bang tadi saya dengar abang ada bercakap panjang lebar dan berbicara tentang wali tanpa nama tanpa gelaran, Siapakah sebenarnya wali tersebut bang ? Mengapa sedemikian hebatnya wali tanpa nama tanpa gelaran tersebut hingga kemampuan dan darjatnya hampir menyamai Wali Qutub ?


Orang gila tersebut menoleh kearahku lalu berkata :


" Kamu siapa? kamu mencuri dengar perbualan ku ya ? Apa pentingnya kamu perlu tahu tentang wali tanpa nama dan tanpa gelaran ?"


Ucapnya dengan nada agak tinggi, Mendengar ucapan suaranya yang agak bernada tinggi dan kasar , Membuat aku sedikit risau dan gelabah, lalu aku berkata :


" Maaf bang, bukan maksud saya untuk menyinggung perasaan atau mencuri dengar percakapan abang , Saya seorang muhibbun pecinta para Wali-wali ALLAH, Kadang-kadang saya dan para sahabat saya berziarah ke makam para wali, saya teringin tahu dan tertarik dengan wali tanpa nama tanpa gelaran yang abang sebutkan, Kalau boleh tahu, Siapakah wali tersebut bang ?"


Orang gila itu tertawa terbahak-bahak dan berkata: "HA HA HA HA HA HAA ..... dasar budak bodoh, Namanya juga wali tanpa nama tanpa gelaran, Tentu saja aku tidak tahu nama wali tersebut dan apa gelaran kewaliannya, kamu ini nampak saja cerdik tapi ternyata bodoh ! , HA HA HA HA HA"


Perucapannya menusuk hatiku dan membuat ku sedikit rasa terkilan kerana dia menyebut aku anak bodoh sambil Ketawa besar, Wajah ku merah padam menahan sedikit emosi, Sepertinya aku tersalah sangka ku kira orang gila tersebut orang yang boleh diajak berbual, tapi sebaliknya dia mengatakan aku budak bodoh, Tapi aku memang bodoh pun Haha , Betul lah dia cakap namanya juga wali tanpa nama tanpa gelaran jadi mana ada orang yang tahu nama wali tersebut? siapa yang tahu gelaran wali tersebut sedangkan wali tersebut tanpa gelaran?, Ahh sudahlah sebaiknya aku abaikan saja dia, aku pun terua memusingkan badan dan menoleh muka ku dengan wajah masam hendak meninggalkan orang gila tersebut,


Tiba-tiba dia berkata , 

" Hai budak bodoh mahu kemana kalian, Kalian ini bagaimana ? datang pun tidak mengucapkan salam, Malah pergi begitu saja tanpa mengucapkan salam, baru diejek begitu saja sudah bermuka masam dan emosi, apakah mursyidmu yang seorang wali qutub tidak mengajarkanmu untuk mengucapkan salam saat datang dan pergi? Apakah mursyidmu yang seorang wali tidak mengajarkanmu untuk bersabar menahan celaan dan hinaan?"


Langkah ku terhenti, Astaghfirullah .... Hatiku tersentak , betul juga , aku tadi datang tanpa mengucapkan salam kepada beliau sebelum bertanya dan kini aku juga pergi begitu saja tanpa mengucapkan salam, Dan tak kusangka dia menyebut mursyidku seorang Wali Qutub , Sepertinya dia mengenal mursyidku... 


Kemudian aku kembali menghampirinya dan berkata " Assalammu' alaikum  bang mohon maaf bang atas kelancangan dan sikap saya kerana datang dan pergi tanpa mengucapkan salam, Sekali lagi saya mohon maaf" (sambil mencuba memegang tangannya untuk menyalam dan mencium tangannya), Orang gila itu menepis tanganku seraya berkata "Sudah! cukup minta maaf saja, Tak perlu cium tangan bagai"


Aku jadi serba salah, Tiba-tiba suasana menjadi senyap sejenak beberapa minit, aku diam dan dia pun diam. 


Setelah beberapa minit, Lalu dia pun berkata, 

" Kenapa kamu masih disini?"


Errr tidak ada apa bang , Saya masih tertanya tanya dan ingin tahu siapakah Wali tanpa nama dan tanpa gelaran yang dimaksudkan? 


orang gila itu lantas bertanya " Kamu ini tak faham faham juga, sudah berapa lama kamu belajar tassawwuf pada guru mu ?"


Aku menjawab "sudah hampir 7 tahun, bang" lalu orang gila itu berkata sambil menepuk pahanya :


" Sudah 7 tahun? Takkan masih tidak tahu wali tanpa nama dan tanpa gelaran , Apakah mungkin gurumu tidak memberitahu mu?"


Aku menjawab "saya sering membaca dan mendengar khutbah dari guru saya bang, Tapi saya belum tahu dan belum pernah dengar ada wali tanpa nama dan tanpa gelaran, dan guru saya pun tidak pernah menyebutkan siapa wali tersebut"


orang gila itu tertawa (Hahaha) lalu berkata " Sebenarnya gurumu ada menyebutkannya , Bahkan berulang-ulang kali menyebutkannya. hanya saja kamu yang tak faham-faham dengan maksud gurumu, Lagi pula sebutannya wali tanpa nama dan tanpa gelaran, jelas gurumu tidak tahu nama wali tersebut dan tidak tahu gelaran wali tersebut, Tapi kamu sendiri tahu siapa wali tersebut, bahkan wali tersebut begitu dekat denganmu"


Aku tergumam dan berkata dalam hati "Aikkk ?? 

Aku sudah mengenal wali tersebut? siapa dia?


Orang gila itu tertawa kecil "He..he..he ... Wali tanpa nama dan tanpa gelaran itu adalah orang tua mu sendiri , Nah sekarang aku tanya kamu.. sememangnya aku kenal siapa nama orang tua mu dan gelaran bagi orang tua mu ? Tentu aku tak tahu"


aku jadi bertambah bingung dan semakin tertanya-tanya.. 


" Orang tuaku? maksud abang kedua orang tua ku adalah wali tanpa nama dan tanpa gelaran? mengapa pula begitu ?"


Orang gila itu mula menatap mataku dengan tajam, Lalu bangkit dari duduknya lalu berkata :


" Apakah kau tidak tahu tentang Uwais Al Qarni, Salah satu sahabat yang tidak pernah bertemu NABI secara fizik dan juga seorang wali? apa yang menyebabkan dia memiliki darjat yang begitu agung hingga namanya terkenal di langit walau dibumi tak ada seorangpun mengenalnya? kau tahu??!!


" Uwais al Qarni pernah berkata bahwa ibunya pernah berkata dan mendo'akannya "anakku Uwais , aku tahu hatimu begitu sangat mencintai dan menginginkan dapat bertemu NABI MUHAMMAD Sallahu Alayhi Wa'sallam , Namun kini kau datang padaku dengan wajah dirundung sedih kerana tak berhasil menemui RASULULLAH Sallahu Alayhi Wasallam dan kau memilih segera pulang kerana memikirkan dan merisaukan aku ibumu ini nak , dan aku redha padamu, YA ALLAH kau MAHA TAHU, saksikanlah bahwa sesungguhnya aku telah redha pada anakku, Maka terimalah redha ku ya ALLAH dan redhailah anakku Uwais",


Orang Gila itu berkata lagi :

Dan apa kau tidak kau tahu bahwa Sulthonul AWLIYA SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI , dimasa kecilnya ketika dirompak malah berkata jujur tentang kantung emas yang ia bawa, perompak itu kehairanan mengapa dia malah jujur mengatakan kantung emas yang dibawanya , padahal setiap orang yang kena rompak selalu berbohong tentang bawaannya dan berusaha menyembunyikannya dari perompak, Lalu kau tahu apa kata SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI? beliau berkata "Ketika aku hendak pergi menuntut ilmu ibuku berpesan "anakku .. bila engkau bertemu dengan siapapun maka jujurlah jangan berbohong, sungguh ibu lebih redha bila engkau jujur, sekalipun engkau harus kehilangan harta dan bekalanmu daripada kau harus kehilangan kejujuranmu"……


Orang gila itu teruskan berkata kepada ku :

" Lihatlah ibumu, berapa lama dia menanggung dirimu dalam perutnya? apakah kau sanggup menahan perit dan pedih seperti dirinya hanya untuk menginginkan kau lahir di dunia hingga bertarung nyawa agar kau dilahirkan sihat dan selamat?? apakah kau pernah memikirkan hal ini ??


Itu kekuatan ALLAH SWT yang dianugerahkan kepada ibumu melalui RAHMAN dan RAHIM NYA , ini adalah sumber kekuatan para AWLIYA"


Aku diam seribu bahasa, terasa hati ini ingin menangis sekuat kuatnya. 


Lalu orang gila itu berkata lagi " KAU BANGGA DAN TAKJUB DENGAN KAROMAH PARA WALI TAPI, PERNAHKAH KAU BANGGAKAN DAN TAKJUB DENGAN KAROMAH IBUMU YANG ALLAH SWT anugerahkan kepadamu?


PERNAHKAH KAU BANGGA DAN TAKJUB DENGAN KAROMAH IBU YANG MENGAJARKAN BERKATA-KATA KETIKA KAMU MASIH BAYI ??


Tidurnya sedikit kerana kau selalu menangis, Sebagaimana para AWLIYA yang tidurnya sedikit kerana memikirkan ummat NABI MUHAMMAD SAW yang banyak berkeluh kesah..


Apakah kau tidak tahu kalau itu adalah bukti karomah ibumu?, tidakkah kau pernah mendengar kalimat ini. 


" Redha orang tua adalah redha nya ALLAH, Para awliya mereka menjadi Wali Qutub disebabkan redha dari orang tua mereka, Tidak kah kau sedar bahwa do'a dan harapan kedua orang tuamu hampir setara dengan Wali Qutub ?"


Siapa Doanya Lebih makbul dan mustajab antara Wali dan Doa seorang Ibu kepada anaknya. ? 


Astaghfirullah al'azim..... Ya Allah . mendengar celotehan orang gila tersebut seakan petir menyambar seluruh tubuhku, badanku rasanya hancur binasa ... ingin sekali aku rasanya menangis sekuat-kuatnya ...


Orang gila itu berdiri lalu berkata sambil menunjuk kearahku ;


" Lihat dirimu, kelak kau akan jadi seorang BAPA, Apakah kau tahu karomah bapa mu selama ini? lihat tangannya, lihat punggungnya lihat kulitnya, setiap hari ia membanting tulang agar kau tetap dapat makan, tetap tertawa, tetap tersenyum, dia bekerja siang dan malam hanya untuk mengabulkan segala macam pinta dan rengekmu, ketika kau kecil dirimu melakukan kesalahan dialah orang yang paling depan membelamu, ketika kau dalam bahaya dia rela menghadapi bahaya itu untuk menyelamatkanmu, dia tanggung bebanmu dan ibumu dibelakangnya walau kian tua dia tetap berusaha menjaga mu sehingga dewaaa, tidakkah kau sedari bahwa bapa mu itu seorang MUJAHID FISABILILLAH ? yang setiap hari dia berjuang menafkahi kehidupanmu dan adik beradik mu bertahun-tahun bahkan berpuluh tahun, dia bapa mu! Dia adalah MUJAHIDIN kebanggaanmu"


Ya Rabb , aku seperti hancur lebur mendengar lotehan orang gila tersebut, bahkan ternyata selama ini aku yang gila bukan dia, aku melupakan siapa sesungguhnya orang tuaku sendiri, aku melupakan semua yang mereka beri padaku, bahkan aku sering takjub akan pesona dan karomah wali tapi aku tak pernah sedar dengan orang tuaku sendiri yang merupakan wali tanpa nama dan tanpa gelaran kewalian, ...


Sesaat kemudian orang gila itu berlalu meninggalkanku tanpa sepatah katapun .... aku mengikuti dia dari belakang ingin tahu kemana dia pergi ... Dan dia mendatangi 2 kubur, dan dia duduk bersila disana .... mulutnya kumat kamit seperti orang yang berdialog lalu kemudian dia tertawa terbahak-bahak sambil senyum dihadapan 2 kuburan itu, tapi aku tak tahu kuburan siapakah itu namun aku berhusnudzon mungkin itu kuburan seorang wali besar, kerana dari celotehan orang gila itu sepertinya dia tahu benar tentang wali, jadi aku fikir itu kuburan seorang wali ....


Tiba-tiba setelah selesai dia tertawa, dia diam .... suasana menjadi hening .... kemudian kulihat dia mulai menangis Menitiskan airmata dengan suara teresak-esak, tangisannya begitu pilu sehingga menyayat hatiku untuk turut menangis ... aku tak tahu apa yang diucapkannya, sambil tangannya membelai belai kuburan itu, tangisannya menjadi lebih emosi, aku menjadi sedih bercampur bingung kerana tidak tahu mengapa beliau menangis ... Namun akhirnya aku faham mengapa dia meraung-raung menangis dikuburan yang kusangkakan seorang wali, ditengah tangisnya aku mendengar dia mengucapkan "Makkk ... " , lalu pada kuburan yang sebelahnya dia berkata "Ayah ... " 


Kini aku baru faham mengapa orang-orang mulai menganggap dia gila, sebab dia sering tertawa, menangis meraung, dan bercakap - cakap sendiri di kuburan ... seandainya aku jadi dia boleh jadi aku akan sama dengannya menjadi gila kerana ditinggalkan pergi oleh kedua orang paling yang disayangi ...kita tidak tahu apa yang dilaluinya. 


aku membalikkan badanku dan beransur pergi ... bergegas ingin pulang kerumah untuk menemui kedua orang tuaku yang masih hidup. Alhamdulillah aku merasa beruntung masih memiliki wali tanpa nama tanpa gelaran yang masih ada di depanku....


Sepanjang jalan aku berdoa kepada Allah : "robbighfirlii waliwaalidayya warhamhuma kamaa robbayaanii shogiroo..


" Sayangilah Ayah Dan Ibu Kalian Sementara Allah Masih Meminjamkan Pada Kalian."


Gambar sekadar hiasan

Sunday, September 6, 2020

JANGKITAN KULIT IMPETIGO

 JANGKITAN KULIT IMPETIGO



Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.

.

Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan. Ia selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah.

.

BAGAIMANA IMPETIGO BOLEH BERJANGKIT?

.

1. Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini.

2. Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian badan lain.

.

KOMPLIKASI IMPETIGO

.

Jika impetigo tidak dirawat, kanak-kanak akan mengalami :

.

1. Demam/Sepsis

2. Cellulitis

3. Osteomyelitis

4. Kadang-kala jangkitan bakteria Streptococcus ini boleh membawa kepada penyakit buah pinggang yang serius dipanggil Glomerulonephritis.

5. Pada bayi, penyakit ini lebih tersebar luas dan lebih teruk.

.

Sekiranya anak anda mengalami impetigo, bawalah anak berjumpa doktor. Rawatan dengan ubat sapu dan antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk. 

.

Selain itu anda juga boleh basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3 - 4 kali sehari dan juga harus menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain.

.

BAGAIMANAKAH JANGKITAN INI DAPAT DIELAK?

.

1. Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusat jagaan sehingga sembuh

2. Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar

3. Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang dijangkiti

4. Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih

5. Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor

.

#HealthDrZubaidi

Saturday, September 5, 2020

Cara mandi ketika ketiadaan air.



Tidak semua tempat perlu disabun. Ini bukan mandi kerbau. Air adalah terhad. Kami berikan tips dekat bahagian mana perlu disabun apabila mandi

✅ muka

✅ tangan

✅ ketiak

✅ Celah peha

✅ kaki

Semoga membantu.

Friday, September 4, 2020

Pemakanan Bagi Pesakit Gout

 


*PEMAKANAN DIET BAGI PESAKIT GOUT*

.

Gout merupakan satu bentuk artritis akut yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan. Asid urik terhasil daripada pemecahan bahan kimia purin dalam badan. Kebiasaannya, purin hadir secara semulajadi di dalam badan, tetapi ia juga terdapat dalam sesetengah jenis makanan. Asid urik disingkirkan daripada badan melalui air kencing.

.

Diet untuk pesakit gout boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam darah. Diet tidak boleh menyembuhkan sakit gout, tetapi ia boleh menurunkan risiko serangan gout dan melambatkan kerosakan sendi. Pesakit gout yang mengamalkan diet bagi gout masih memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal kesakitan dan menurunkan paras asid urik.

.

Tujuan pengurusan pemakanan bagi pesakit gout adalah supaya untuk mencapai berat badan ideal dan tabiat pemakanan yang baik, mengelakkan sesetengah makanan yang tinggi kandungan purin, mengambil makanan yang baik dan membantu mengawal paras asid urik


Prinsip asas diet bagi pesakit gout :

.

1. *Penurunan berat badan* – berlebihan berat badan meningkatkan risiko untuk menghidap gout. Kajian mencadangkan penurunan kalori dan berat badan boleh menurunkan paras asid urik dan mengurangkan serangan gout. Penurunan berat badan juga akan mengurangkan tekanan terhadap sendi-sendi.

.

2. *Karbohidrat kompleks* – makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta bijirin penuh yang membekalkan karbohidrat kompleks. Elakkan makanan dan minuman yang ada kandungan sirap jagung tinggi-fruktosa (high-fructose corn syrup), serta hadkan meminum jus buah-buahan yang semulajadi manis. Metabolism fruktosa dalam badan akan menghasilkan asid urik seterusnya meningkatkan parasnya dalam darah.

.

3. *Minuman – kekalkan hidrasi dengan meminum banyak air kosong*.

.

4. Lemak – elakkan pengambilan lemak tepu daripada daging, daging terproses, lemak ayam/itik dan produk tenusu tinggi-lemak.

.

5. *Protein* – pilih bahagian daging/ayam tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak dan kekacang sebagai sumber protein.

.

Saranan makanan atau suplemen yang lebih khusus :

.

1. Organ dalaman – elakkan pengambilan organ dalaman seperti hati, paru, perut, limpa dan lain-lain : ia mengandungi paras purin yang tinggi dan meningkatkan paras asid urik dalam darah.

.

2. Daging merah – hadkan pengambilan daging lembu, kambing dan khinzir.

.

3. Makanan laut – sesetengah jenis makanan laut seperti ikan bilis, kerang kerangan, sardin dan ikan tongkol mengandungi purin yang lebih tinggi berbanding yang lain. Akan tetapi, kebaikan pengambilan ikan adalah lebih banyak berbanding risiko bagi pesakit gout. Oleh itu, pengambilan ikan secara sederhana adalah disarankan.

.

4. Sayur-sayuran tinggi purin – kajian telah menunjukkan bahawa kandungan purin dalam sayur-sayuran seperti bayam, asparagus, bunga kobis tidak meningkatkan risiko serangan gout.

.

5. Alkohol – Bir dan likuor meningkatkan risiko penyakit gout dan serangan gout berulang. Pengambilan wain secara sederhana pula tidak meningkatkan risiko serangan gout. Elakkan alkohol semasa serangan gout berlaku, dan hadkan alkohol, terutamanya bir pada masa lainnya.

.

6. Makanan dan minuman manis bergula – hadkan/elakkan makanan manis bergula seperti bijirin manis, kuih muih manis dan roti/bakeri. Hadkan pengambilan jus buah-buahan yang semulajadi manis.

.

7. Vitamin C – Vitamin C mungkin membantu menurunkan paras asid urik. Bincang dengan doktor/pegawai dietetik tentang kesesuaian suplemen tambahan 500 mg vitamin C dengan diet serta pelan perubatan anda.

.

8. Kopi – terdapat kajian yang mencadangkan pengambilan kopi secara sederhana berkemungkinan membantu penurunan risiko gout. Namun, pengambilan kopi mungkin tidak sesuai jika anda mempunyai masalah perubatan yang lain. Berbincanglah dengan pegawai dietetik untuk menentukan kesesuaian jumlah kopi dalam diet anda.

.

Diet bagi pesakit gout boleh membantu menyekat pembentukan asid urik dan meningkatkan penyingkirannya. Namun, diet ini tidak dapat menurunkan kepekatan asid urik secukupnya bagi merawat gout. Ubat-ubatan masih diperlukan disamping diet yang betul untuk membantu mengurangkan kekerapan serangan gout dan tahap keterukan penyakit gout.

.

Diet yang bersesuaian, disamping kawalan kalori dan senaman berterusan adalah perlu untuk memperbaiki tahap kesihatan pesakit gout secara menyeluruh dengan membantu mencapai dan mengekalkan berat badan ideal.

.

#HealthDrZubaidi

Friday, August 14, 2020

Sejarah Typhoid

BEWARE GUYS....


Nak bercerita pula pasal sejarah Tifoid ini..


Ia kisah nan panjang,

Tapi siapa nak ilmu,

Jemputlah baca sehingga noktah terakhir 


.

.


Ia bermula dengan nama seorang wanita Mary Mallon.

Beliau berasal dari Ireland kemudian berhijrah ke AS untuk mencari rezeki. 

Umurnya 14 tahun ketika itu.


Kerja yang dilakukan adalah menjadi tukang masak untuk keluarga orang kaya. 

Air tangan Mary sebenarnya mampu menyediakan hidangan yang cukup menyelerakan. 

Malangnya, ia membawa sejenis kuman pembawa maut - bakteria Salmonella typhi (S. typhi).


.

.

 

Mary pada mulanya menjadi tukang masak di rumah orang kaya di Mamaroneck, New York pada tahun 1900 sebelum berpindah ke Manhattan.


.


 

Kedua-dua keluarga majikannya itu mendapat demam dan cirit-birit, sebahagian gejala tifoid atau demam kepialu, manakala seorang tukang cuci meninggal dunia.


.


Mary kemudiannya bekerja pula dengan seorang peguam dan berhenti selepas tujuh hingga lapan orang ahli keluarga tuannya itu mengalami peristiwa sama.


.


Persinggahan seterusnya adalah di Long Island di mana dalam masa dua minggu, empat hingga 10 keluarga majikannya dimasukkan ke hospital.


.


Mary terus bertukar-tukar majikan yang menyaksikan tiga buah keluarga lagi telah dijangkitinya.


.

 

Sehinggalah pada tahun 1906 apabila satu wabak ganjil di New York menarik perhatian Dr. George Soper.

 

.


Tifoid lazimnya menyerang golongan miskin dan persekitaran kotor. 

Peliknya, wabak tersebut terjadi di kalangan individu berharta.

Siri penyiasatan Dr. Soper akhirnya menuding kepada seorang tukang masak yang berusia 40-an dan belum berkahwin iaitu Mary.

Dia berjaya dijejaki di sebuah penthouse di Park Avenue di mana penyakit itu sedang aktif.

Dua pembantu rumah terlantar di wad selain turut mengorbankan anak perempuan pemilik kediaman itu.


.


 

Sambil bermati-matian menafikan pernah menghidap tifoid, Mary telah memaki Dr. Soper apabila diminta contoh najisnya.


.

 

Dia turut mengugut doktor berkenaan menggunakan pisau pemotong daging, memaksa pihak polis dan pegawai kesihatan New York campur tangan membawa kepada penangkapan Mary.

 

Kerana tidak memahami bagaimana orang sihat sepertinya boleh merebakkan penyakit, Mary cuba melawan balik dan meronta-ronta agar dilepaskan.

Semasa disoal siasat, Mary mengakui dia jarang membasuh tangannya ketika memasak kerana tidak nampak apa keperluannya.


.

 

Kultur air kencing dan najisnya yang diambil dengan bantuan matron penjara mengesahkan pundi hempedu Mary dipenuhi dengan S. thypi.


.

 

Mary enggan menjalani pembedahan bagi membuang pundi hempedunya itu mahupun berhenti kerja sebagai tukang masak dan tetap berdegil.

 

" Saya tidak membawa sebarang penyakit !" tegasnya.


.

 

Pihak berwajib terpaksa mengisytiharkan Mary sebagai musuh kesihatan awam nombor satu lalu mengasingkannya di dalam sebuah kotej di Bronx, tanpa dibicarakan. 

Dia bersumpah menjadi mangsa konspirasi kerajaannya.


.

 

Bagaimanapun, dia dibenarkan bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Riverside. 

Pada tahun 1910, Mary dibebaskan dengan jaminan untuk kekal dengan tugasan barunya itu.

Kerana pendapatan yang tidak mencukupi, Mary yang menukar nama keluarganya kepada Brown akhirnya berpaling tadah dan untuk tempoh lima tahun berikutnya, dia terus menularkan penyakit dan menyebabkan kematian dari dapur-dapur tempat dia bekerja.

Semasa suasana kecoh berikutan tercetusnya wabak tifoid serius di kalangan kakitangan Hospital Wanita Sloan yang meragut dua nyawa dengan 25 orang disahkan menghidapinya, Mary menghilangkan diri dari dapur tempat kerjanya.


.


 

Tidak lama kemudian, dia berjaya diberkas di Long Island tetapi enggan bekerjasama dengan pegawai kesihatan untuk mengumpul sejarah perubatannya bagi tujuan penyelidikan.


.

 

Kedegilannya itu telah menyebabkan Mary dikuarantin seumur hidup di sebuah pulau. Popularitinya ketika itu mengalahkan celebrity.


.

 

Mary meninggal dunia pada tahun 1938 akibat radang paru-paru. Bedah siasat mendapati pundi hempedunya masih lagi aktif menghasilkan S. typhi sebelum disemadikan!


.

 

Mary Mallon aka Typhoid Mary dikenal pasti sebagai pembawa tifoid pertama yang sihat, tanpa menunjukkan apa-apa tanda penyakit itu.


.

 

Bagaimanapun, pakar-pakar percaya, Mallon mungkin pernah beberapa kali mendapat jangkitan yang tidak berbahaya tanpa disedarinya, tetapi setiap kali itu jugalah dia sembuh.

Bakteria itu kekal berada di dalam tubuh badannya dan kerjanya sebagai tukang masak memudahkan perpindahannya kepada orang lain yang memakan masakannya.


.


Jadi,

Jangan pandang remeh pada suntikan Tifoid untuk semua pengendali makanan ya.


Demam Kepialu ini bukan benda kecik,

Ia boleh membawa maut !


Tq kpd Aqilah Nor atas penjelasan tentang kepentingan suntikan typoid

Perkongsian yg sgt bermanfaat kpd semua..

Thursday, August 6, 2020

Hydrochlorothiazide (Ubat Darah Tinggi)

*PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT DARAH TINGGI HYDROCHLOROTHIAZIDE* 

 1. Ubat sintetik ini digunakan untuk *mengawal tekanan darah*. Ia tidak bertujuan untuk merawat (sembuh), tetapi untuk mengelakkan dari komplikasi seperti stroke, serangan sakit jantung atau kerosakan ginjal. Oleh itu ia harus diberikan dengan preskripsi. 

2. Ia berada dalam kumpulan *diuretics* iaitu ubat sintetik yang menyebabkan kencing. Dengan itu ia mengeluarkan lebih banyak air dan mineral dari tubuh. 

3. Ia dapat *mengurangkan air yang berlebihan dalam tubuh*, yang menyebabkan kaki menjadbengkak (edema) dan rasa susah bernafas. Oleh itu ia bagus untuk pesakit kegagalan fungsi jantung, hati dan ginjal bagi mengeluarkan air yang berlebihan. Jadi dapat mengurangkan susah bernafas dan bengkakan air pada pergelangan kaki (edema). 

4. *Ambil ubat ini secara oral* (masuk ke dalam mulut) seperti mana yang diarahkan oleh doktor. Selalunya dos yang diarahkan ambil sekali atau dua kali sehari, bersama atau tanpa makanan. Selalunya 12.5mg, atau 25mg atau 50mg sehari. Bincang dengan doktor yg memeriksa. 

 5. Jika ia diambil sebelum tidur, ia menyebabkan pesakit akan bangun malam untuk kencing. Cara terbaik, ambil 4-6 jam sebelum tidur.

 6. Ambil ubat ini pada waktu yang sama setiap hari bagi mengurangkan lupa untuk diambil. Pengambilan secara konsisten akan memberikan kesan terbaik dalam mengawal tekanan darah. 

 7. Jika ada mengambil ubat untuk merendahkan kolestrol seperti cholestyramine atau colestinol, ambil dalam jarak 4-6jam. 

 8. Jika pesakit mengambil ubat steroid corticosteroids juga harus berhati-hati. Pengambilan ubat sintetik hydrochlorothiazide akan merendahkan tahap mineral dalam tubuh. Pengambilan ubat sintetik corticosteroid bersama hydrochlorothiazide akan *menyebabkan tahap mineral akan turun dengan lebih banyak terutama potassium*.

 9. Pesakit diabetis juga berhati-hati mengambil hydrochlorothiazide kerana ia *meningkatkan bacaan gula*. 

 10. Antara *kesan sampingan yang biasa dirasakan adalah tidak selesa pada perut, rasa pening atau sakit kepala*. Ia hanya untuk sementara. Jika berterusan, mungkin pesakit harus memberitahu doktor dgn segera. 

 11. Untuk mengelakkan rasa pening, bangun secara perlahan-lahan dari posisi duduk atau berbaring. 

 12. Pengambil ubat sintetik ini secara berlebihan, mungkin akan menyebabkan dehidrasi dan kehilangan banyak garam. Antara tandanya adalah rasa dahaga yg melampau, otot menjadi kejang, rasa lemah, dan degupan jantung menjadi laju. 

 13. Alahan terhadap ubat ini jarang berlaku. Antara alahan itu adalah terdapat ruam dan rasa gatal, rasa pening dan sukar bernafas. Ini kerana ubat itu mungkin mengandungi bahan *sulfites* pada jenama tertentu. 

 14. Ubat ini mungkin menyebabkan tahap potassium dalam darah turun menjadi tahap yg rendah. Doktor akan mencadangkan pengambilan makanan yang kaya dgn potassium seperti pisang dan jus oren, atau mencadangkan pengambil pil suplemen potassium. 

15. Ubat ini *mungkin menyebabkan kulit menjadi sensitif* pada bahan kimia dan radiasi cahaya matahari jika mengambilnya pada masa yang agak lama. 

 16. Ubat ini tidak sesuai diberikan pada wanita yang hamil atau wargamas yang tidak dapat bergerak dengan mudah tanpa bantuan. 

 17. Buatlah pemeriksaan doktor terutama tekanan darah, degupan jantung dan tahap potassium dalam darah. 

 18. Tujuan penulisan ini bukan bermakna untuk meninggalkan atau menghentikan ubat tanpa konsultasi doktor. Ia bertujuan untuk mendidik pesakit agar lebih faham kenapa mereka mengambil ubat, apa yang bakal terjadi jika mereka tidak mengambil ubat, faham kesan sampingan ubat dan kesan pengambilan yang berterusan. Jadi mereka faham tujuan dan kesan sintetik ini. Semoga bermanfaat. 

 #HealthDrZubaidi 

Tuesday, July 21, 2020

Kesalahan biasa ketika memakai pelitup separuh muka. (facemask)

Enam kesalahan yang kita sering lakukan ketika memakai pelitup muka. Pakai pelitup muka dengan betul di tempat awam terutama di tempat ramai orang yang tiada penjarakan sosial. Pelitup muka dapat melindungi diri anda dan orang lain.
Info grafik : WebMD

Sunday, July 12, 2020

Kalendar Kuda edited Cuti sekolah 2020

Kelawar seBesar Manusia!

Seram Pula Tengok Lama-Lama! 'Kelawar' Sebesar Manusia Itu Sebenarnya Ada Di Filipina Ni kalau nampak berterbangan, mau nak lari. Kelawar selalunya menjadi simbolisma mencetus ketakutan terutama sekali dalam filem seram. Sesiapa yang takut akan kelawar, kami mempunyai berita buruk buat anda semua, kelawar berukuran manusia sebenarnya ada! ni bukan gambar edit ye! kelawar berukuran manusia sebenarnya wujud di filipina Ada tweet baru-baru ini menjadi viral setelah seorang pengguna berkongsi beberapa foto kelawar raksasa sebenarnya wujud di Filipina. "Ingat tak bila aya bagitau anda bahawa Filipina mempunyai kelawar berukuran manusia? Ya, inilah yang saya bicarakan." Remember when I told y'all about the Philippines having human-sized bats? Yeah, this was what I was talking about pic.twitter.com/nTVIMzidbC — Alex☔ (@AlexJoestar622) June 24, 2020 Spesies kelawar berukuran manusia yang dikenali sebagai giant golden-crowned flying fox, berasal dari Filipina dengan lebar sayapa yang mencapai sehingga 1.7 meter. Cuba bayangkan tengah berjalan dalam kegelapan dan kelawar ini tiba-tiba terbang di atas anda. Mesti akan terfikir, adakah ini vampire. Tapi kenyataannya kelawar ini sebenarnya vegetarian. ni bukan gambar edit ye! kelawar berukuran manusia sebenarnya wujud di filipina ni bukan gambar edit ye! kelawar berukuran manusia sebenarnya wujud di filipina Walaupun kelawar ini kelihatan seram tetapi diet mereka kebanyakkannya adalah buah-buahan. Mereka juga menghabiskan hampir sepanjang hari dengan tidur kerana kelawar hanya aktif pada waktu malam. Namun, kelawar-kelawar ini adalah antara haiwan yang terancam disebabkan penebangan hutan, perburuan haram dan kelawar ini banyak hilang dari pulau-pulau di Filipina, walaupun ada undang-undang yang menjadikan perburuan spesies ini adalah haram. ni bukan gambar edit ye! kelawar berukuran manusia sebenarnya wujud di filipina Populasi spesies megabat ini dilaporkan menurun lebih dari 50% dari tahun 1986 hingga 2016 dengan habitat makanan dan tempat tinggal yang semakin kurang. Jadi anda takut tak kalau jumpa dengan kelawar gergasi ini? Sumber: Twitter

Monday, July 6, 2020

Bayi tercekik ~ cara menyelamatkan

Sedih teramat sangat apabila menonton Buletin TV3 tadi yang telah melaporkan kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia disebabkan tercekik biji rambutan. Kami mengucapkan takziah pada keluarga kanak-kanak tersebut. Sebenarnya baru saja semalam kami kongsikan satu artikel tentang jenis makanan yang boleh tercekik untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah di pautan berikut. https://www.facebook.com/1712327752390423/posts/2675171159439406/?d=n Artikel semalam adalah pencegahan sebelum berlaku. Bagaimana pula jika ianya berlaku juga? (Minta dijauhkan) Lakukan teknik Heimlich. Ianya teknik bantuan kecemasan yang membantu mengeluarkan objek yang tersekat. Kami kongsikan teknik Heimlich. Pastikan anda simpan dan share teknik ini untuk rujukan anda bila diperlukan. Ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa anak anda atau orang lain pada masa hadapan. Apapun mencegah lebih baik ye. Elakkan dari memberi makanan yang berisiko tinggi untuk tercekik.

Friday, July 3, 2020

Fibroid

Fibroid boleh menyebabkan pelbagai gejala datang bulan seperti pendarahan yang banyak, sakit yang teramat sangat, sembelit, perut membesar dan juga keguguran. Punca terjadinya fibroid adalah disebabkan hormon dan genetik. Jadi saya tak dapat cegah fibroid? Ya. Walaupun begitu, kajian menunjukkan beberapa faktor seperti gaya hidup dan pemakanan telah dikaitkan dengan terjadinya fibroid. Anda boleh mengamalkan petua dan pantang berikut untuk mengurangkan risiko daripada mendapat fibroid.

Petua Untuk Peroleh Zuriat

Beberapa hari lepas, bidadari saya bagitau yang anak mak angkatnya hamil selepas amalkan amalan yang dikongsikan oleh 'arifbillah Pak Su Mid. Sudah 7 tahun mereka menantikan detik ini. Alhamdulillah. Sebenarnya, bukan seorang dua yang maklumkan kami diizinkan hamil selepas amalkan amalan ni, bahkan kami sendiri amalkan ketika ikhtiar mendapatkan zuriat kedua. Sebab tu kami kongsikan supaya ramai dapat merasai detik manis ini Siapa tak gembira kan, dah bertahun-tahun menantikan kehadiran cahaya mata dalam keluarga, akhirnya dimakbulkan Allah. Di bawah ini saya kongsikan semula amalan tersebut. Semoga dapat memberi manfaat dan berita gembira buat kalian. Ikhtiar mendapatkan zuriat👶 Sumber : al ‘arifbillah pak su mid Paling penting sebelum mula amalan perlulah bertaubat atas setiap dosa kerana Allah menangguhkan permintaan kita atas dosa2 dahulu. Amalan adalah seperti berikut: 1. Puasa 7 hari berturut-turut kemudian sebelum berbuka puasa baca pada air 21x "Ya-Musawwir", dan sebelum bersama pasangan baca 10x Ya-Musawwir. 2. Malam solat taubat, tahajjud, hajat 2 rakat, dan baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x berturut-turut pada setiap rakaat. 3. Lepas selesai solat malam, beri salam, dan baca Al-Fatihah 7x. Cara membaca 7x fatihah tersebut adalah apabila sampai pada ayat " I'yakanaqbuduwa I'ya qanastain (baca ayat-ayat pilihan ikut turutan) Kemudian sambung "Ihdinasiratalmustaqin.. " dan habiskan surah al-fatihah. Setiap satu fatihah tersebut hendaklah diselangi dengan bacaan ayat pilihan seperti dibawah 👇🏻(1xfatihah untuk 1x ayat,fatihah ke 7 shj baca semua ayat dia bwah) 1- Surah Al-A'raf, ayat 23 2- Surah Al-Anbiya, ayat 83 3- Surah Al-Anbiya, ayat 87 (akhir ayat) 4- Surah An-Naml, ayat 19 5- Surah Al-Anbiya, ayat 89 6- Surah Al-Imran, ayat 38 7-Gabungkan semua ayat diatas. 4. Suami, hari Jumaat atau hari biasa, pergi ke masjid awal, buat solat tahyatul masjid, kemudian baca amalan seperti diatas setiap kali selepas solat tahiyatul masjid. 5. Buat berterusan.. Berdoa kepada Allah s.w.t dan tawakkal 😊😊 Insya Allah , semoga Allah kabulkan😊

Thursday, July 2, 2020

Tiada orang bujang di syurga kelak

TIADA ORANG BUJANG DALAM SYURGA SOALAN : Kalau seorang Islam itu di dalam dunia tidak berkahwin dan dia hidup membujang sampai ke akhir hayat adakah di syurga nanti dia juga tidak akan berkahwin? JAWAPAN : Sesungguhnya di dalam syurga nanti setiap penghuninya akan memperolehi apa yang dia kehendaki maka begitu juga dengan pasangan. Setiap orang bujang yang masuk syurga akan berkahwin dengan pasangannya yang dia suka di dalam syurga. Firman Allah Taala : جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ لَهُمْ فِيهَا مَا يَشَاءُونَ كَذَلِكَ يَجْزِي اللَّهُ الْمُتَّقِينَ Artinya : “Segala kebun-kebun syurga ‘Adan itu semua orang beriman akan memasukinya. Syurga yang berlalu air di bawahnya dan di dalam syurga itu semua penghuninya memperolehi apa yang mereka kehendaki. Seperti inilah Allah membalas akan orang-orang yang bertaqwa.” (An-Nahl : 31) Maka jelas Allah memeberitahu pada ayat ini apa sahaja yang disukai oleh penghuni syurga akan mereka dapat termasuklah isteri atau suami. Setiap orang lelaki yang mati dalam keadaan bujang akan berkahwin di dalam syurga dan setiap perempuan yang bujang di dalam dunia akan berkahwin di dalam syurga. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya : قال أَبُو الْقَاسِمِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( وَمَا فِي الْجَنَّةِ أَعْزَبُ Artinya : “Telah bersabda oleh Rasulullah saw : Dan tidak ada di dalam syurga hidup membujang.” (Hadith Imam Muslim) Dan diriawayatkan dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda : وَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ ، يُرَى مُخُّ سَاقِهِمَا مِنْ وَرَاءِ اللَّحْمِ ، مِنَ الْحُسْنِ Artinya : “Dan bagi setiap ahli syurga itu dua orang isteri yang dapat dilihat bahagian dalam betisnya dari luar daging daripada terlaku cantiknya.” (Hadith Imam Muslim) Maka terjawab sudah bahawa orang yang mati bujang di dunia ini akan berkahwin di dalam syurga nanti. Jika sekiranya di dalam dunia ini dia tidak ingin mempunyai pasangan sekalipun pasti di dalam syurga tidak akan ada lagi perasaan tersebut dan dia akan berkahwin kerana bujang itu adalah kekurangan dan kekurangan itu tidak akan ada di dalam syurga. KESIMPULAN Syurga adalah tempat bersuka dan berseronok yang Allah janjikan bagi orang-orang mukmin. Antara perkara yang menyeronokkan ialah memilik segala yang indah dan cantik sebagaimana hidup di dunia. Tidak ada seorang pun yang masuk syurga melainkan akan ingin mempunyai teman baginya menikmati keindahan syurga. Maka kerana itulah setiap ahli syurga akan mempunyai pasangan yang dengan pasangannya itu dia akan bersuka dan berseronok sepuas hati. Suami isteri di dalam dunia akan menjadi suami isteri di dalam akhirat. Orang yang bujang di dalam dunia akan mempunya isteri atau suami di dalam syurga. wallahua’lam ustaz azhar idrus

Wednesday, July 1, 2020

Punca Penat

"Terasa cepat penat betul kebelakangan ini. Tapi bukan buat apa sangat. Dah tidur lama dan cuti lama pun masih terasa penat. Bukan buat apa sangat pun. Kerja pun bukan berat sangat." Kata Kak Radia pada anda. Pernah dengar atau alami perkara di atas? Jika penat tersebut dapat diselesaikan dengan rehat dan tidur, ianya mungkin tiada masalah. Jika penat tersebut tidak hilang selepas tidur, ianya mungkin masalah kesihatan. Jom lihat 6 punca masalah kesihatan yang biasa menyebabkan kita penat. Ini hanya beberapa sahaja. Banyak lagi punca. Berbincang dengan doktor anda tau.

Saturday, June 27, 2020

Tidur adalah kematiaan sesaat

Boleh jadi malam ini merupakan malam terakhir kita di dunia ini dan apabila kita buka mata esok mungkin kita telah berada di alam barzakh. Jadi, sebelum tidur: ✔ Bertaubat dan beristighfar lah minta ampun pada Allah, jangan hanya minta syurga dan bidadari sahaja sebab bila Allah ampunkan dosa kita, maka memang syurgalah tempat kita. ✔ Berdoalah dalam hati,"Ya Allah, ampunkan dosa isteri/suamiku". Suami maafkan kesalahan isteri takut-takut suami mati dulu tak sempat nak ampunkan dosa isteri. Isteri pun kena mintak maaf dengan suami setiap malam sebelum tidur, bukan setahun sekali time raya saja. Inilah ciri-ciri isteri solehah. ✔️ Sebelum tidur jangan lupa ambik wudhuk,baca 3 qul dan syahadah. ** Selamat beramal dan selamat malam ...Salam sayang semua😍😘

Friday, June 26, 2020

J. E

JE menyerang Malaysia semula! Bahayanya JE. Kami paparkan Kesan JE kepada individu yang dijangkiti terutamanya pada kanak-kanak.









Followers